Saling tidak tumpah seperti sinetron beratus-ratus episod yang penuh dengan konflik! Itu dapat digambarkan terhadap hubungan antara usahawan sensasi Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Selepas beberapa bulan ‘berperang’ di media sosial, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memilih menamatkan persengketaan dan membuka kisah baharu bersama Iqbal yang juga seorang usahawan.
‘Bai bai aku minta terai’ versi Vida & Iqbal
Terbaharu, perkongsian Vida di platform TikTok miliknya sekali lagi mencurl perhatian ramai warganet lebih-lebih ia memaparkan kemesraan terjalin antara dia dan Iqbal.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Vida, kelihatan dia sedang ‘mengajuk’ audio berjudul Bai Bai Aku Minta Terai yang tersohor kini di platform tersebut bersama Iqbal.
Cepat2 kahwin Dato.. Iqbal nampak ikhlas tu
Bagaimanapun, aksi yang ditunjukkan oleh Iqbal telah menarik perhatian ramai di mana ramai meluahkan rasa suka selain mengatakan pandangan daripada usahawan berusia 28 tahun itu sangat ikhlas menyayangi Vida.
“tengok Iqbal pun dia ikhlas mash sayangkan Dato’.Dato’ pun kalau mash sayang,jangan tangguhkan..kalau kahwin…mesti meletup Mana2stesen tv”
“Nape aku tengok sweet jer”
“cepat2 kawin Dato..nanti iqbal but hal pula kan Dato”
“klau jodoh x,kemana…elok lah dipercepatkan jika mash ada kasih sayang”
“serasi plk aku tgk muka deme ni..”
Kuat sungguh aura Qu Puteh Kalau dah suka tu tak payah fikir soal hati orang lain.
Seolah-olah faham dengan situasi hubungan mereka berdua sebelum ini, terdapat pengguna TikTok menitipkan pandangan agar tidak mengambil peduli mengenai hati dan perasaan orang lain sekiranya dua hati sudah berpaut antara satu sama lain.
Lepas ni sinetron apa pulak?
Selain itu, ada yang tidak sabar untuk ‘menonton sinetron’ yang bakal ‘dilakonkan’ oleh mereka berdua di media sosial.
Makan bersama rakan2
Meninjau di InstaStory milik Iqbal, dilihat mereka sedang makan bersama rakan-rakan yang lain di sebuah restoran selain beberapa video ‘berdua’.
Tonton Klip penuh:
Sumber : OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: