Baru saja umum berita gembira untuk dapatkan anak, Sekali Ini Pula terjadi pada isteri Achey mohon doa ramai.

Isteri kepada pelawak terkenal, Achey Bocey iaitu Nor Hasanah Yahaya memaklumkan dia perlu menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru, hari ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Hasanah di laman Instagramnya semalam, dia memohon maaf jika dia pernah melakukan kesalahan kepada umum sebelum dia menajalani tersebut.

Ujar Hasanah, hasil pemeriksaan doktor sebelum ini mendapati dia dan Achey tidak mempunyai sebarang masalah namun, selepas doktor mengatakan dia perlu membuang tube fallopiannya itu kerana sudah tersekat.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Anne Achey (@anne_achey._)

Tambahnya lagi, Achey tidak dapat menemaninya sepanjang menjalani pembedahan di hospital atas urusan kerja yang tak dapat dielakkan.

Difahamkan juga, menurut perkongsian Achey di laman Instagramnya, isterinya itu sudah selesai menjalani pembedahan namun masih dalam bilik pembedahan untuk dipantau oleh doktor.

 

Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar kesihatan Hasanah kembali stabil seperti sebelum ini dan menitipkan kata-kata semangat buat pasangan tersebut untuk terus kuat dalam mendapatkan zuriat.

Sebelum ini, sempena ulang tahun kelahiran yang ke-36 tahun, pelawak Achey Bocey menerima hadiah istimewa daripada isterinya yang melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai usaha mendapatkan zuriat kandung.

Sumber: Instagram @acheykintangkintung, @anne_achey_.

About admin

Check Also

“Fanatlk betul kau dengan aku sampai gambr Tldak Berp4kaian pun ada..” Bek4s isteri Dai Farhan Serabvt Dngan individu ini

Dah lama tak dengar cerita Dr. Erin, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan kan? Tapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.