Tak Sampai 24 Jam Aliff Syukri Muatnaik Video Klip Terbaru Bersama BabyShima, Ini Yg Aliff Syukri Cakap Tentang Jumlah Tontonan

Selepas empat hari mengumumkan penutupan semua platform media sosial miliknya, terbaharu usahawan kontroversi Datuk Aliff Syukri memuat naik sebuah hantaran memaparkan video menari dengan sebatang mop.

Bukan itu sahaja, Aliff yang sebelum ini menangis teresak-esak sambil meminta maaf konon-kononnya telah insaf tidak mahu lagi bermain media sosial turut memuat naik dua lagi video untuk mempromosikan lagu nyanyiannya bersama penyanyi dangdut, Baby Shima.

Aliff dalam hantaran tersebut berkata, dia bertindak berkongsi video mempromosikan single terbaharunya berjudul Baby Sayang itu kerana mendakwa suaranya terlalu sedap untuk disimpan.

Awak (netizen) maafkan saya. Suara saya terlalu sedap untuk disimpan. Saya perlu serlahkan bakat saya demi peminat setia.

“Saya tahu ramai yang cemburu dengan bakat saya,” ujarnya.

Tindakan usahawan berusia 34 tahun itu sekali gus mendapat kecaman netizen apabila menuduhnya berpura-pura dan cakap tidak serupa bikin.

“Selepas ini saya tidak akan percaya dengan Datuk lagi. Ingatkan Datuk sudah betul-betul bertaubat,” ujar seorang netizen.

“Kuat drama. Lapar perhatian betul,” tegas seorang lagi netizen.

“Kata nak berundur. Cakap tak serupa bikin,” kata seorang lagi pengikutnya dalam Instagram.

Bukan sahaja netizen, malah perkongsian Aliff juga mendapat perhatian dalam kalangan selebriti tempatan apabila meninggalka komen berbaur sindiran.

“Ingatkan hilang lama Datuk. Tak tahankan?” Kata pelakon dan juga penyampi radio Sharifah Shahira.

“Sekali dia bergelek dengan batang mop,” ujar pengacara Anim Ezati.

Aliff Syukri Penyanyi Nombor 1 Malaysia?

Selepas Aliff Syukri muatnaik video klip terbaru bersama BabyShima tengah hari tadi bermacam macam komen yang dia terima.

Baru sebentar tadi Aliff Syukri muatnaik jumlah tontonan di Youtube dan seperti yang dia jangka lagu beliau telah menjadi trending nombor 2 tidak sampai 24 jam dengan jumlah tontonan hampir 200 ribu.

“Tak sampai 24jam dah trending. siapa ekk tngok sampai cpt mcm ni?? Jgn menidakkan sy penyanyi no1 malaysia lagi tauuu” – Aliff Syukri

Video klip terbaru Aliff Syukri yang menjadi kontroversi seperti biasa.

Sumber : K! Online / Youtube TerlajakLaris

About admin

Check Also

Belanja minyak petrol ‘free’, Caprice mohon maaf jadi punca kesesakan jalan raya

Penyanyi rap sensasi, Caprice atau nama sebenarnya Aris Ramli tampil membuat permohonan maaf kepada semua …

Leave a Reply

Your email address will not be published.