Selepas Ira Kazar Di Panggil Jabatan Agama, Akhirnya Ini Hukvman Bakal Dikenakan Sekiranya..

Wanita yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dan suaminya juga pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, hari ini.

Difahamkan, ia bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu, baru-baru ini.

Menurut sumber Harian Metro, kehadiran Ira yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar itu turut ditemani keluarganya.

Pihak Jawi ketika dihubungi Harian Metro bagi mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Puteri Sarah, 37, memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang didakwa kekasih kepada suaminya

Puteri Sarah ketika ditemui di perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menurutnya, tujuan dia membuat tindakan itu adalah untuk mempertahankan maruahnya yang sudah tercalar dan sekian lama didiamkan selain menuntut keadilan dan memperjuangkan haknya sebagai wanita teraniaya.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.

Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.

Syamsul juga dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung, tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.

Mereka berkahwin 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Peguam dedah hukuman sekiranya didapati gangu rumah tangga orang

Umum sedia maklum mengenai gangguan orang ketiga dalam rumah tangga Puteri Sarah suaminya, Syamsul Yusof sehingga pelakon itu terpaksa mengambil tindakan undang-undang.

Berhubung konflik tersebut, seorang peguam syarie bernama Nurul Atikah tertarik bagi mengulas lanjut dengan memberikan pandangan dan fakta serta hukuman menanti si pelaku.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Nurul Atikah menegaskan bahawa menganggu rumah tangga seseorang adalah satu kesalahan jenayah sehingga boleh berdepan hukuman penjara.

“Gangguan dari pihak ketiga adalah di bawah bidang kuasa pendakwa kerana ianya merupakan satu kesalahan JENAYAH syariah. Ya! Mengganggu rumahtangga orang lain adalah satu JENAYAH ya,” tulisnya.

Nurul Atikah berkata, tindakan ‘menggangu’ itu mungkin dianggap puas bagi si pelaku tetapi terdapat undang-undang yang sedia ada khusus untuk golongan ‘kaki sondol’.

“Nampak seronok ganggu rumahtangga orang, seronok jadi skandal, seronok main-mainkan isteri teman lelaki yang merupakan suami orang…

“…tapi kalau disabitkan kesalahan gangguan dari pihak ketiga boleh dikenakan hukuman PENJARA atau DENDA atau SEBATAN atau mana-mana kombinasi hukuman,” katanya.

Malah, dia turut mempersoalkan sekiranya berbaloi menjadi orang ketiga kerana perbuatan itu hanya menjejaskan rekod kehidupan apatah lagi memiliki sejarah dimasukkan ke dalam penjara.

“Bayangkan dimasukkan penjara hanya kerana sebab menganggu rumahtangga orang?! Berbaloi ke? Habis reputasi ada rekod dipenjarakan.

“Mahkamah Syariah sekarang dah makin ke hadapan, jangan merendah-rendahkan mahkamah syariah. Dulu orang selalu kata, hukuman kat mahkamah syariah denda sahaja, bawa je duit nanti,” ujarnya.

Pada akhir penulisan, Nurul Atikah turut menasihati kaum wanita supaya tidak melakukan perbuatan keji kerana tiada apa perlu dibanggakan sekiranya berjaya merampas dan merosakkan kebahagian orang lain.

“Jangan merosakkan diri sendiri hanya untuk keseronokan sementara. Jangan menganiayai orang lain tambah-tambah sama-sama gender perempuan yang mana patutnya lebih memahami.

“Jangan normalisasikan dan banggakan yang anda adalah seorang skandal suami orang. Mana sikap perempuan Melayu yang penuh dengan sifat malu. Baliklah kepada fitrah asal kita,” tambahnya.

Terdahulu, pelakon berusia 37 tahun itu nekad memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa menganggu rumah tangganya.

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

About admin

Check Also

“Fanatlk betul kau dengan aku sampai gambr Tldak Berp4kaian pun ada..” Bek4s isteri Dai Farhan Serabvt Dngan individu ini

Dah lama tak dengar cerita Dr. Erin, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan kan? Tapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.