Awie Tegur ‘Aliff Syukri’ Untuk Tidak Rosakkan Industri Muzik. Sekali Aliff Syukri Selamber ‘Sound’ Awie Dgn Ayat Ini

Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie memohon segelintir pengasas kosmetik agar tidak meruntuhkan industri seni.

Ujarnya, kemunculan mereka ini telah memberikan impak negatif dan ibarat “melacurkan” industri.

Datuk Awie meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan segelintir usahawan serta TikToker yang cuba memasuki industri hiburan dan bergelar penyanyi.

Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 54, industri muzik kini rosak selepas kemunculan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh seseorang yang tidak berbakat.

“Apa nak jadi dengan industri muzik kalau mereka melacuri industri ni dengan teruknya, teruk sangat tahu tak!

“Tiba-tiba stesen TV pakai lagu mereka untuk program, radio pakai lagu mereka untuk pasang walhal mereka bukan penyanyi, nak bercakap pun tak sedap apatah lagi nak menyanyi.

“Saya minta maaf, bukan saya bagus sangat saya pun tak bagus tapi saya sayangkan industri ni,” katanya kepada mStar.

VIDEO:

Ini respond Aliff Syukri tentang teguran Awie

Ketika sidang live Aliff Syukri ada netizen memberitahu bahawa Awie cakap suara Aliff Syukri tidak sedap.

Aliff Syukri terus beri respond dan mengatakan bahawa suara dia ada peminat tersendiri.

Dia tidak kisah dengan kritikan dan kutukan dari Awie atau netizen lain.

Video:

Sumber : MSTAR / Utusan / Youtube

Ingat Dah Insaf, Tak Sampai Seminggu Buat Hal. Ramai Tag Bonda Rozita Tentang Video Terbaru Aliff Syukri Dan Ini Respond Kecewa Ibu Aliff Syukri

TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri yang kembali menggunakan media sosial mengundang kecaman termasuk ibunya sendiri, Rozita Ibrahim.

Rozita dalam komen ditinggalkan dalam hantaran terbaharu Aliff memberitahu sudah tidak tahan menanggung fitnah ekoran perbuatan anaknya itu.

Usahawan itu juga menyifatkan Aliff sebagai seorang yang tidak serik melakukan perkara mengundang kecaman orang ramai.

“Kebulur sangat dengan lagu ke? Tak habis lagi? Tak aman hidup mak. Kau nak mak mati sebab tidak tahan fitnah.

Lagu bangang! Kau ini memang tak makan saman, kan? Mak ngeri nak baca fitnah, yang kau pula selamba,” katanya.

Komen pedas Rozita itu dibuat selepas Aliff memuat naik video teaser lagu terbaharunya berjudul Baby Sayang yang akan dilancarkan pada 17 Ogos 2022.

Seperti menyindir netizen yang mengecamnya, Aliff yang mengenakan kemeja-T berwarna putih dan seluar jean tampil menari dengan sebatang kayu mop dalam video berkenaan.

Dalam komen sama, Rozita terkilan dengan keputusan Aliff yang lebih mementingkan pihak pengurusan rakaman lagu tersebut berbanding teguran daripadanya.

Rozita turut memberi amaran kepada Aliff agar tidak mencarinya sekiranya ternampak usahawan itu bersama wanita atau memegang mereka.

“Tak serik-serik. Kalau mak nampak ada perempuan atau kau pegang tangan perempuan, mak haramkan kau cari mak.

“Manusia kebal betul kau, kan? Kami semua terpalit. Kau lebih pentingkan pengurusan rakaman daripada teguran mak.

Setakat saman RM50,000 itu pilihan kau ya? Mana nak undur diri, padam video seminggu tak sampai kau bertahan,kan?,” tulisnya.

Sebelum ini, Rozita pernah meminta agar Aliff memadam semua video tarian gelek di setia platform media sosial miliknya.

Aliff pada Jumaat lalu sambil menangis tersesak-esak memohon maaf kepada ibu, isteri dan anak-anaknya selain memberitahu akan mengundurkan diri daripada media sosial.

Usahawan itu juga mendedahkan dirinya seorang penghidap masalah kesihatan mental tahap dua sebelum bertindak memadam semua hantaran di Instagram.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

About admin

Check Also

“Fanatlk betul kau dengan aku sampai gambr Tldak Berp4kaian pun ada..” Bek4s isteri Dai Farhan Serabvt Dngan individu ini

Dah lama tak dengar cerita Dr. Erin, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan kan? Tapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.