11 Tahun Tunggu Zuriat..”- Akhirnya Isteri Achey Buat Kejutan Untuk Suami Buat Ramai Doakan

Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-36 tahun, pelawak Achey Bocey menerima kejutan hadiah istimewa daripada isterinya Nor Hasanah Yahaya dalam usaha mendapatkan zuriat kandung.

Hadiah tersebut adalah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukan di sebuah hospital pakar Masai, Johor Bahru pada 6 Ogos lalu.

Menerusi satu video di laman Instagram, Nor Hasanah atau mesra dipanggil Anne berkongsi perjalanan ketika menjalani rawatan itu selain menitipkan ucapan hari lahir buat suami tercinta.

“Happy birthday sayang, tahun ni hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat.

“Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan. Amin,” tulisnya.

Selain itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Achey yang juga seorang penyanyi kerana menjalani kehidupan susah senang bersama sejak 11 tahun lalu.

“Terima kasih menjaga saya dari dahulu sehingga sekarang. 11 tahun penantian kita, insyaAllah kita usaha, Allah yang tentukan. Sayang awak,” katanya.

Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan pasangan itu dan anak angkat mereka, Nur Tiara Zinnirah dalam perjalanan untuk bertemu dengan Dr Thokha Muhammad.

Untuk makluman, Dr Thokha turut popular di media sosial kerana sering berkongsi video inspirasi mengenai pasangan yang berjaya memperoleh zuriat hasil rawatan dilakukan.

Pada ruangan komen, ramai pengikutnya mendoakan supaya urusan pasangan tersebut dipermudahkan Allah SWT dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Untuk rekod, pasangan itu mengambil Nur Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada 2018.

Doktor ni popular untuk IVF

Moga dikurniakan zuriat

Kepada isteriku, usah risau diperkata. Sedikit kesenangan yang awak terima kini kerana itulah nikmat Allah berikan atas ujian sebelum ini.”

Itu luahan isi hati pelawak Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah kepada isteri tercinta, Nur Hasanah Yahaya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-31, hari ini.

Achey berkata, isterinya itu seorang yang cukup cekal dalam kepayahan dan hebat kesabaran.

“Susahnya dahulu ketika mula berkahwin, takkan saya lupa. Namun, dia tenang hadapi bersama. Dia pernah menjadi tukang cuci di bank, menjual burger depan bengkel beratapkan kanvas dan gadai gelang perkahwinan. Apa yang dia tak buat dulu demi bantu saya? Semua yang halal dia buat janji lepas.

Dia juga orang pertama yang percaya dengan kesungguhan saya untuk uji bakat. Dia juga insan yang buat ‘prop’ saya sampai saya dapat masuk TV. Dia juga percaya dengan niat saya dalam dunia hiburan yang penuh dugaan,” katanya.

Menerusi hantaran di Instagram, Achey berkata, isterinya juga sentiasa mengingatkan mengenai betapa pentingnya berbakti kepada ibu bapa.

“Dia sentiasa mengingatkan saya mengenai pentingnya ibu bapa. Apa yang terbaik untuk mereka semua, berbakti sehingga hujung nyawa,” katanya.

Achey dan isteri mengambil anak angkat perempuan pada 2018 yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir.

Sumber: omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

About admin

Check Also

“Knapa baru sekarang..msalah ini sejak empat tahun lalu..yang dia mahukan lagi..” Baru je Syamsul dkwa Sarah ada Hubungi Bkas teman lelaki. Sarah dedah sesuatu

Isteri pertama kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *