“Susah Nak Terangkan Pada Netlzen Yg Mindset Ahli Syurga ni..”- Datuk Addy Kana Pertahan Ifa Raziah?

Nama penyanyi, Ifa Raziah menjadi perhatian ramai selepas dikatakan bergelek sakan di satu majlis akikah yang diadakan baru-baru ini.

Addy Kana Titip Ucapan Buat Ifa Raziah

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Ifa Raziah dilihat memuatnaik komen ‘tuan majlis’, Addy Kana yang menitipkan ucapan terima kasih kepada

penyanyi dan pengacara yang sudi hadir memeriahkan majlis akikah anaknya, Aeyden Mateen.

“Tqtq kak @ifa_raziah. Memeriahkan majlis saya. Mereka tak akan faham atur cara majlis. Yang pasti semasa majlis aqiqah semua dalam keadaan tertib dan hormat.

Susah nak terangkan pada netizen yang mindset ahli syurga ni. Bagus nak tegur tapi bila orang terangkan situasi sebenar mereka tukar point off view yang lain dan salahkan

kita konon semua kita tak betul. Hak masing dan majlis dan atur cara kita yang aturkan. Semua nak tunjuk suci.”-Tulis Addy Kana

“Ada Aku Kisah??”

Ifa Raziah menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dirinya sudah tidak kisah akan pendapat orang lain sama ada menyukai atau membencikan dirinya.

“Akan sampai satu point. IT DOESN’T MATTER ANYMORE. Uols suka i ke. Tak suka i ke..Ada aku kisah?? Nak suka alhamdulillah. Tak suka pun takde hal lah.

Tak semua orang suka kita. Dan kita pun tak perlu suka semua orang!!”-Tulis Ifa Raziah

Murai MY sebelum ini melaporkan mengenai Ifa Raziah yang menyatakan bahawa dia dibayar untuk bergelek sakan dan bukannya secara percuma.

Malah dia juga menyatakan bahawa dia bukanlah seorang perempuan murahan dan dia mempunyai maruah dan harga kerana masih lagi ada permintaan terhadap dirinya.

Saya bergelek selepas akikah, dibayar puluh ribu – Ifa Raziah

“Saya penyanyi dangdut. Sebagai penyanyi dangdut apa yang saya kena buat ialah menyanyi, menghiburkan dan bergelek. Selama ini gelek yang beri saya makan”.

Itu jawapan oleh penyanyi dan juga usahawan Ifa Raziah ketika menjawab soalan media tentang tohmahan netizen selepas dikecam berkelakuan tidak sopan (bergelek)

sewaktu membuat persembahan dalam sebuah majlis akikah baru-baru ini.

Ifa atau nama lengkapnya Saripah Raziah Mustapha berkata, terdapat dua acara dalam majlis yang dihadirinya itu iaitu akikah dan sambutan ulang tahun perkahwinan.

“Akikah pada awal majlis, ketika maghrib hingga isyak. Selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim.

“Lagi pun saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Tambah Ifa lagi, ketika dia membuat persembahan, ahli agama (ustaz) sudah pun pulang dan isu konon-kononnya dia merosakkan majlis akikah yang diberkati itu tidak sepatutnya ditimbulkan.

“Ustaz-ustaz semua dan balik. Tuan rumah sendiri tukar baju sehingga dua kali. Ketika akikah pakai baju putih. Majlis ulang tahun perkahwinan baju merah jambu.

“Lainlah kalau saya ustazah kemudian saya bergelek. Bolehlah netizen kecam saya,” jelasnya.

Penyanyi berusia 47 tahun itu pada masa sama menganggap tindakan menari gelek yang dilakukan tempoh hari bukanlah suatu masalah besar memandangkan dia telah dibayar berpuluh-puluh ribu untuk membuat persembahan pada majlis tersebut.

“Apa masalahnya sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan.

“Dalam Instagram saya ada video penuh. Anda nilailah sendiri. Netizen tidak tahu apa-apa kemudian timbul salah faham,” jelas Ifa yang ditemui pada majlis sidang media program baharu TV3, Terpaling Juara di Petaling Jaya Performing Arts Centre, One Utama di sini, semalam.

Terdahulu, pelantun lagu Ser Ser Ser itu dikecam hebat netizen selepas dilihat bergembira dan bergelek sakan ketika membuat persembahan dalam sebuah majlis akikah.

Video yang tular dalam TikTok itu mendapat teguran daripada netizen yang kecewa kerana menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak beradab bahkan mencemarkan kemuliaan sesebuah majlis agama.

Sumber: mediaviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.