Connect with us

Hiburan

“Semoga Mama Terus Kuat..”- Mira Filzah Menagis Hingga Mata Bengk4k, Luah Sesuatu Pasal Anaknya

Published

on

Pelakon terkenal, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29 meluahkan rasa sedih apabila dia terpaksa meninggalkan anak serta suaminya untuk pertama kalinya di rumah selama enam hari atas urusan kerja.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Mira di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa keping gambar serta video mengenai pengalamannya ketika dia bekerja bersama syarikat Uniqlo di Indonesia.

Dalam perkongsian itu juga, pelakon kelahiran Perak itu turut mengakui dia berasa pilu kerana terpaksa meninggalkan keluarga tersayangnya pada hari pertama bekerja di negara jiran tersebut.

Ujarnya lagi, dia memaklumkan tidak mudah untuk melakukan kerja memandangkan statusnya sebagai seorang ibu yang perlu menyediakan keperluan asas buat anak sulungnya, Wan Khair Amir bagi mengelakkan berlaku bengkak susu.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Lepas ini ada beberapa outstation lain yang lebih jauh, risau!

Bukan itu sahaja, Mira turut meluahkan rasa bimbang kerana selepas ini akan ada lagi beberapa kali outstation dan dia buntu bagaimana untuk menghantar bekalan susu kepada anaknya  yang sudah pastinya akan memakan masa berbalas jam untuk sampai ke Malaysia.

Sedar akan kesusahan serta pengorbanan yang dialaminya, Mira kagum dengan perjuangan para ibu di luar sana dalam membesarkan anak meskipun sibuk untuk menguruskan kerjaya masing-masing.

Perasaan kita sama Mira, biasa lah..mak-mak kan!

Dalam pada itu, majoriti netizen terutamanya golongan ibu memahami kesedihan yang dialami oleh pelakon itu apabila terpaksa meninggalkan keluarga tercinta dengan jarak yang sangat jauh.

Semoga dipermudahkan segala urusan Mira

Malah, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat isteri kepada Wan Emir yang juga merupakan anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura mohd Yazid untuk terus kuat dalam membesarkan putera sulungnya.

Mira Filzah dipuji tetap cantik selepas bersalin

MELUAHKAN rasa syukur dikurniakan cahaya mata pertama, suami pelakon Mira Filzah, Wan Emir menerusi satu perkongsian berjanji akan menjadi ibu bapa terbaik untuk anak mereka.

Emir, 32, turut berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa mereka yang banyak memberi tunjuk ajar dan nilai pengorbanan tanpa batas daripada mereka kecil.

“Kami ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan terima kasih kepada ibu papa dan mak, abah serta semua yang menyayangi kami sejak kecil dan menunjukkan kami makna ibu bapa yang baik.

“Semoga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada Engkau kami berserah, Ya Rabb,” tulisnya di Instagam.

Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar turut memuat naik foto dia sedang mendukung anak sulungnya itu dan Mira Filzah bersama bayi tanpa sebarang solekan.

Perkongsian tersebut menerima ucapan tahniah daripada pengikut dan mendoakan urusan keluarga itu dipermudahkan.

Selain itu, rata-rata netizen juga mengucapkan selamat berpantang kepada Mira Filzah dan memuji kecantikan aktres berkenaan biarpun dalam pantang.

“Kak Mira selamat berpantang, lepas bersalin pun cantik.

“Berserinya ibu lepas bersalin.

“Baru lepas melahirkan pun ibu cantik lagi.

“Lepas bersalin pun maintain cantik, kita dulu alahai serabai.

“Glowingnya muka mummy” ujar beberapa netizen.

Selain itu, ada juga netizen yang meminta pasangan itu tidak meletakkan pelekat pada wajah anak mereka seperti yang selalu dilakukan beberapa selebriti lain.

“Mira jangan bubuh sticker dengan muka anak okey!

“Harap tiadalah la sampai ke sudah muka baby tampal sticker” tulis netizen.

Pelakon dan pengacara popular itu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi Selasa bersamaan 9 Syawal.

Berita gembira itu dikongsi Emir yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.

Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada 3 September 2020.

Sumber: Instagram @mfmirafilzah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Shuib, Watie Nikah 23 Jun 2023 Tanpa Majlis Resepsi, Syukur Dapat Tajaan RM1.7 Juta

Published

on

By

Pelakon dan pelawak Shuib mengumumkan tiada sebarang majlis resepsi untuk perkahwinannya bersama pasangannya, Watie Hanifah yang akan berlangsung pada 23 Jun ini.

Menurut Shuib, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan hanya melangsungkan majlis khatam, berinai dan akad nikah.

“Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. Tetapi, takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

“Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.

Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Shuib ketika ditemui di sesi sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie, di Astro Bukit Jalil, hari ini.

Selain itu, Shuib juga memaklumkan mereka telah mendapat tahaan mencecah lebih RM1 juta sempena majlis itu.

“Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.

“Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” jelasnya.

Shuib juga menyatakan majlis itu hanya terhad kepada 600 tetamu dan akan diadakan di Putra Glass House, Putra Height.

Majlis ini juga akan ditayangkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis serta perjalanan cinta Shuib dan Watie, Walimatulurus Shuib dan Watie.

Program tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun, 9 malam di Astro Ria.

Terdahulu, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Sumber:Xtra

Continue Reading

Hiburan

Disangka lelaki tunjal kepala wanita, pengguna FB buat laporan polis – “Ramai serang aku”

Published

on

By

Seorang pengguna laman Facebook terpaksa membuat laporan polis selepas terdapat netizen menyangka dia adalah suspek lelaki yang mengasari seorang pemandu wanita berhubung penularan sebuah video di media sosial sejak semalam.

Menurut Mamatt Khalid XV, salah faham terjadi apabila seorang individu dalam senarai rakan Facebook ‘menyeru’ nama akaunnya pada video tular tersebut sebelum warganet mula menjalankan ‘tugas’ mereka.

Penafian! Pelaku bukan saya

Mamatt berkata, susulan kekeliruan yang timbul, dia seolah-olah terkejut apabila diserang oleh ‘tentera bawang’ sehingga membabitkan ahli keluarganya.

“Disebabkan ramai yang serang aku kat komen dengan messenger mengatakan aku ni adalah si musibat (suspek lelaki) yang kat dalam video yang viral ni.
“Aku dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bukan aku pelaku dalam video tersebut. Disebabkan salah sorg dalam friendlist aku tag nama aku. Tak memasal aku kena serang bertubi-tubi.
“Harap pemilik video dengan adik dia (mangsa) dapat bagi pencerahan. Aku dah hubungi dua beradik ni tapi takde respon,” tulisnya.

Tambah Mamatt, tindakan membuat laporan di Balai Polis Gombak, Selangor adalah untuk melindungi dirinya serta ahli keluarga apatah lagi fitnah yang dilemparkan orang ramai.

Setelah berbincang dengan mereka uang terdekat dan  mendapatkan nasihat daripada peguam. Dan yakin segala bukti memang mencukupi.
“Kita teruskan, demi maruah keluarga kecik aku. Habis anak, bini, arwah bapak aku kena petik. Untuk “mereka-mereka” yang serang aku dari 2.30 petang hingga maghrib tadi (semalam). Ada hadiah untuk kalian,” katanya.

Terdahulu, suspek lelaki yang berusia 29 tahun bertindak menunjal kepala pemandu wanita berpunca daripada perselisihan faham di jalan raya.

Menurut laporan Utusan, kejadian itu berlaku pada petang Isnin ketika mangsa yang berusia 24 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya.

Bagaimanapun, penyelia kilang di Serdang, Selangor itu sudah direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Facebook Mamatt Khalid XVUtusan (Asliza Musa),Omm

Continue Reading

Hiburan

Lelaki Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Selebriti Luah Rasa Berang!-“Nak Kenal Bab* Ni..”

Published

on

By

Baru-baru ini tular satu video di Facebook yang memaparkan seorang lelaki yang memarahi seorang wanita yang didakwa telah memandu secara berbahaya.

Lelaki berkenaan turut bertindak mengetuk cermin kereta pemandu itu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak memukul kepala mangsa.

Video yang tular itu turut mendapat reaksi oleh pelakon, Yana Samsudin menerusi hantaran di Instagram, mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan yang memukul pemandu wanita itu.

“Tak gentle la pukul perempuan. Roadbully camni kena kasi ajar sikit adab dan etika sebagai manusia.”-kapsyen Yana Samsudin di Instagram

Barisan Selebriti Luah Rasa Berang!

Dalam pada itu, perkongsian Yana turut dihujani dengan komen netizen serta rakan selebriti Rozita Che Wan, Zulin Aziz, Nana Sheme, Neeta Manis, Sharif Zero, Mustaqim Bahadon, Haiza Hanafi dan ramai lagi yang berang dengan lagak samseng lelaki berkenaan yang biadab terhadap mangsa.“Nak jugak kenal bab* ni!! Kuqang ajaq sangat….eeee.”- Rozita Che Wan

Aikk lelaki ke perempuan takyah la pukul. Ini bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Sedih bila tengok benda macam ni.”- Brian Masterchef

“Kalau dia betul buat salah bang nak sound dia terserah abangkah tapi abang naik tangan tu adeh..”-Mustaqim Bahadon

“Sapa dia, tak kenal!!!.”-Haiza Hanafi

“Abang ni ngan perempuan dia tepuk-tepuk lah. Cuba abang gadang besar yang bawak kereta tu. Suka hati je tepuk dahi orang. Siap cakap tak kenal dia siapa. Gangster pun tak buat macam ni bang. Dia tau bukan lawan dia. Memang taraf-taraf gangster pukul perempuan ke apa.”-Zuliz Aziz

Menurut laporan Harian Metro,  lelaki yang dirakam memukul kepala pemandu wanita itu telah ditahan pihak polis dan dibawa ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.

Sumber:Murai my

Continue Reading

Trending