‘Kau Ingat Gelek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?’ – Ustaz Ahmad Dusuki

Nama selebriti versatil Ifa Raziah menjadi bualan hangat di media sosial sejak minggu lalu.

Bermula dengan tular video bergelek di sebuah majlis keramaian, diikuti dengan penjelasan Ifa yang menegaskan yang dia berbuat demikian selepas usai majlis akikah dan dibayar sebanyak RM20,000 untuk membuat persembahan.

Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Bergelek Selepas Akikah, Dibayar RM20,000 Untuk Persembahan

Kau bayar aku RM20,000, aku gelek!

Terbaru, Ifa sekali lagi menjadi bualan ramai selepas menempelak netizen yang meminta dia untuk bergelek ketika siaran langsung di TikTok.

Pelakon berumur 46 tahun itu menegaskan dia tidak akan menuruti permintaan sekiranya tidak menerima sebarang bayaran.

Bukan free tau. Aku duduk dalam dunia ini tak ada buat benda free. Semua berbayar. Bukan setiap hari kita untung, ada masanya kita tak untung macam orang berniaga seperti saya.

Ada masa yang tak ada show (persembahan), ada masanya saya laris di pasaran di mana saya ada tiga atau empat kali show.

Tapi, kalau yang masuk ini (siaran langsung di TikTok) ini mahu saya bergelek, suruh menyanyi, benda itu bukannya free tapi berbayar. Kalau masuk duit dalam akaun, saya boleh bergelek. Dengan bayaran, tiada benda free di dunia ini.

Setiap mukmin akan disoal

Kenyataan itu mengundang pendakwah terkemuka, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani untuk menegur pemilik nama Saripah Raziah Mustaph di Facebook.

Tak semua boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang di bimbang jika yang masuk duit tu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita.

Setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.

Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini.

Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke? Bangganya kau!!

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

Sumber: Instagram @ifa_raziah & Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

About admin

Check Also

“Knapa baru sekarang..msalah ini sejak empat tahun lalu..yang dia mahukan lagi..” Baru je Syamsul dkwa Sarah ada Hubungi Bkas teman lelaki. Sarah dedah sesuatu

Isteri pertama kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana mempersoalkan tindakan suaminya yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *