Betul, Allah uji saya dengan suami”- Datin Nur Shahida akhirnya tampil bersuara

Terbaharu, isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida memaklumkan dia redha atas ujian yang menimpa terhadap keluargnya susulan muzik video terbaharu suaminya, Baby Sayang yang mendapat pelbagai reaksi negatif daripada umum.

Menerusi sebuah komen yang diberikan oleh salah seorang pengikutnya di instagram, individu tersebut memberi kata-kata semangat buat Shahida untuk terus kekal kuat atas dugaan yang dialaminya pada ketika ini.

 

Balas Shahida kepada komen tersebut, dia bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh individu tersebut dan menegaskan setiap manusia mempunyai dugaan yang berbeza.

Tambahnya lagi, dia menyifatkan dunia ini hanya lah tempat persinggahan sementara dan bukan tempat untuk orang ramai terus berehat dengan aman.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila usahawan sensasi, dia tampil memohon maaf kepada umum terutamanya ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya dalam mempromosikan lagu terbaharunya, Baby Sayang.

Malah, perkongsiannya itu turut mengundang pelbagai nasihat daripada netizen, ibunya sendiri mahupun para ilmuan untuk menghentikan hasratnya melancarkan lagu tersebut kepada umum.

Susulan itu, Aliff nekad membuat keputusan untuk berundur diri daripada media sosial dan hanya mendiamkan diri sehingga kini selepas kontroversi yang dicetusnya.

Sumber: omm,Instagram @shahidadherbs

About admin

Check Also

“Fanatlk betul kau dengan aku sampai gambr Tldak Berp4kaian pun ada..” Bek4s isteri Dai Farhan Serabvt Dngan individu ini

Dah lama tak dengar cerita Dr. Erin, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan kan? Tapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.