Selepas Aliff Syukri Padam Semua Video, Sekali Ini Pula Yg Baby Shima Lakukan Buat Ramai Beng4ng

“Komen netizen ini saya tak ambil kisah. Saya tak boleh kawal orang nak cakap apa, mungkin mereka yang banyak menonton (cerita tidak bermoral) dan berimaginasi,” kata penyanyi sensasi, Baby Shima terhadap segelintir netizen yang mendakwa dia seperti pelakon lucah.

Dakwaan kurang manis itu diterima Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli selepas perkongsian ‘teaser’ lagu dangdut, Baby Sayang nyanyian duetnya bersama Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram ahli perniagaan berkenaan.

Baby Shima berkata, lagu Baby Sayang itu pun mengisahkan pasangan yang ‘angau bercinta’ dan mereka mengharapkan hubungan dijalin berkekalan selamanya.

Menurut Baby Shima, menyanyi sambil bergelek adalah perkara biasa sebagai penyanyi dangdut.

Ditanya mengenai dakwaan dia bekerjasama dengan Aliff demi untuk mengejar ‘trending’ di YouTube, Baby Shima menjelaskan semua penyanyi masa kini yang keluarkan lagu mengharapkan single mereka ‘trending’ di media sosial dan platform digital.

“Kerjasama saya dengan Aliff pun sebenarnya tidak di rancang. Saya cuma dapat lagu itu dan apabila mendengar melodi dan lirik lagunya dah rasa ‘best’. Sejak pada awal lagi, saya tidak tahu langsung siapa rakan duetnya sehinggalah ketika hari rakaman lagu dibuat.

“Apabila tahu Aliff ada rakan duet itu, saya okey saja. Saya yakin kami boleh bekerjasama dengan profesional kerana sudah saling memaafkan kira-kira setahun yang lalu atas perselisihan yang berlaku di Jakarta, sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Baby Shima berkata, walaupun mereka sudah berbaik, tetapi tidak pernah berkongsi mengenainya di media sosial.

Katanya, sebagai penyanyi dia juga tiada masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa termasuk Aliff.

Terdahulu, kisah Baby Shima dan segelintir netizen Malaysia sentiasa bertali arus apabila segala tindakan dibuat penyanyi lagu Lalai dan Roadblock Hatiku itu di media sosial pasti tular dan mendapat kecaman netizen.

Baru-baru ini juga, Baby Shima dikecam segelintir netizen apabila bergelek ketika melintas jalan raya berhadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan membuat ‘nyanyian semula’ lagu Tiara dendangan asal kumpulan Kris.

‘Mereka yang banyak berimaginasi’ – Baby Shima

Gara-gara klip promosi lagu dangdut baharu Datuk Seri Aliff Syukri dalam Instagram dan TikTok, nama Baby Shima selaku rakan duet usahawan tersebut sekali lagi ‘naik’ carta apabila penampilan dan aksi tariannya kembali meraih kecaman hebat.

Rentetan satu persatu kontroversi, ramai dalam netizen menuduh pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli, 29, sengaja mencetuskan sensasi untuk kekal popular.

Tidak menyangka sedutan klip muzik video (MV) lagu Baby Sayang itu menjadi topik hangat. Baby Shima bagaimanapun menafikan sengaja menarik perhatian dengan cara sebegitu.

Kata penyanyi tersebut, dia tidak boleh mengawal setiap kritikan sebaliknya menganggap mereka yang banyak menonton video sebegitu mempunyai imaginasi tinggi sehingga berfikir bukan-bukan.

“Saya tak pernah nak cetuskan sebarang isu. Apa yang saya kongsikan adalah di dalam media sosial saya dan semua itu membabitkan tuntutan kerja.

“Mengenai MV Baby Sayang yang kini tular dan diperkatakan ramai, saya sendiri tak terfikir ia akan meraih maklum balas yang sangat pantas.

“Sejujurnya saya akui lagu dangdut memang sinonim dengan tarian, itu sukar untuk dipisahkan. Bagi saya rentak tarian juga merupakan senaman.

“Kalau sesuai dengan tontonan, itu semua berbalik kepada si penonton sama mahu lihat secara positif atau negatif. Kita buat baik pun kena kecam,” katanya kepada Kosmo! Online.

Luah penyanyi berusia 29 tahun yang turut menempa nama di Indonesia, dia menghormati setiap pandangan dan teguran semua pihak.

“Setiap individu punya pandangan berbeza. Saya tetap hormati pandangan masing-masing. Terima kasih,” ulasnya lagi.

Pada masa sama, penyanyi Roadblock Hatiku itu turut meninggalkan peringatan kepada mereka yang suka mengecamnya supaya cermin diri sendiri dahulu.

“Pada pandangan saya kita boleh kawal apa yg kita nak tonton, boleh ‘unfollow’ akaun yang tak senonoh, tapi kebanyakkan yang kecam saya, mereka pula ikuti laman lucah,” tambahnya.

Terdahulu, aksi Aliff dan Baby Shima menjadi sasaran kemarahan netizen yang kesal dengan tarian goyang pinggul dalam sedutan MV lagu berjudul Baby Sayang ciptaan Amy UKs.

Pemakaian penyanyi wanita itu yang mengenakan seluar pendek hitam bersama sarung kaki turut mendapat kritikan apabila disifatkan menjolok mata.

Malah dua pendakwah bebas turut menegur tindakan usahawan terbabit yang disifatkan keterlaluan serta tidak pernah serik mengejar kontroversi.

Selepas dihujani pelbagai kecaman, Aliff dilihat menutup ruang komen dalam klip VM tersebut, namun ‘tentera’ maya meninggalkan komen nasihat dalam hantarannya yang lain.

Lihat video:

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

Patutlah dia dah beberapa kali keluar masuk hospital sebelum ni.. “Tak sangka fad buka cerita keadaan terkini isteri buat semua mendoakan..

Tindakan pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey yang berkongsi video memaparkan isterinya, Syaheera Rahman sedang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.