Selepas Kecoh Adi Putra Didakwa ‘Meng4muk’, Akhirnya Penerbit Mat Kilau Dedah Segalanya…

Kuala Lumpur: “Boleh hubungi Studio Kembara.”

Itu jawapan pelakon terkenal, Datuk Adi Putra ketika dihubungi Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan mengenai hantaran yang dimuat naik di Instagram.

video ada di bawah sekali..

Menerusi hantaran itu, Adi, 41, yang melakonkan watak Mat Kilau dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan seolah-olah menyindir penerbit filem itu, Studio Kembara yang sukar dihubungi.

“Assalamualaikum, kepada Kembara Studio Sdn Bhd (Studio Kembara), andai tidak cukup ‘handphone’ (telefon bimbit) kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu ‘handphone’ agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.

Akan kerana ini saya manfaatkan di ‘socmed’ (media sosial) agar mesej saya sampai ke pihak Studio Kembara,” katanya.

Menerusi status sama, Adi dengan tegas menyatakan tidak akan menghadiri tayangan gala filem itu di Jakarta, Indonesia.

“Insya-Allah saya tidak akan hadir Tayangan Gala Filem Mat Kilau di Jakarta. Terima kasih,” katanya.

Hantaran itu turut disertakan keterangan yang mana Adi berharap mesej itu sampai ke pengetahuan pihak berkenaan.

“Semoga mesej ini sampai ke pihak berkenaan dan semoga Allah permudahkan segala urusan,” tulisnya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada penerbit, Abdul Rahman Mt Dali berkenaan perkara yang terjadi tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.

‘Saya tak pasti siapa yang Adi Putra cuba hubungi’

Kuala Lumpur: “Bukan saya.”

Itu kata Penerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali berhubung hantaran dimuat naik pelakon utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra di Instagram, malam tadi.

Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, dia juga baru mengetahui hantaran Adi itu selepas disampaikan rakannya pada pagi hari ini.

“Saya pun kawan baru hantar pagi ini, tiba-tiba saja. Saya tak pasti siapa yang dia hubungi. Nanti saya dapatkan maklum balas daripada kakitangan siapakah yang dia cuba hubungi.

“Tunggu saya dapat respons staff (kakitangan) dulu. Ada ke Adi Putra ‘call’ tapi tak jawab. Pagi ni depa (mereka) mungkin tidur lagi. Semalam ada diskusi lewat malam,” katanya menerusi mesej WhatsApp kepada Harian Metro.

Hantaran dimuat naik Adi itu menimbulkan pelbagai persoalan termasuk ada pihak membuat spekulasi ia membabitkan bayaran dan pemberian bonus.

Bagaimanapun, menurut Abdul Rahman, tidak ada sebarang isu dibangkitkan sebelum ini.

“Tak ada apa-apa isu sebelum ni,” katanya ringkas.

Terdahulu, Adi menerusi hantaran dimuat naik di Instagram seolah-olah menyindir pihak penerbitan iaitu Studio Kembara yang sukar dihubungi.

Malah, ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu, Adi meminta menghubungi pihak penerbitan.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bakal ditayangkan di 200 pawagam seluruh Indonesia bermula 31 Ogos ini dan tayangan perdana filem itu akan dibuat di sana pada 26 Ogos ini. x

Ditanya mengenai kutipan setakat ini, Abdul Rahman berkata, ia sudah mencecah RM94.4 juta dan masih ditayangkan di sini.

lihat video:

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

About admin

Check Also

“Fanatlk betul kau dengan aku sampai gambr Tldak Berp4kaian pun ada..” Bek4s isteri Dai Farhan Serabvt Dngan individu ini

Dah lama tak dengar cerita Dr. Erin, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan kan? Tapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.