“Saya Insan Yg lemah…”- Aliff Syukri Mohon Maaf, Undur Diri Dari Media Sosial. Ini Yg Berlaku Dgn Keluarganya

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf kepada semua orang terutama ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Aliff dilihat menangis teresak-esak sambil memohon kemaafan atas kekhilafan yang telah dilakukannya sepanjang aktif di media sosial.

Aliff berkata, dengan teguran yang diberikan oleh ibunya, Rozita Ibrahim baru-baru ini yang mendoakannya menutup media sosial membuatkan dirinya mengambil keputusan untuk mengundur diri.

“Kepada semua, saya nak mohon kemaafan dan kekhilafan selama saya berada di media sosial ini. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki terutama mak dan isteri saya. Saya minta maaf banyak-banyak. Saya undur diri.”ujarnya.

Aliff berkata, dia nekad untuk meninggalkan dunia media sosial demi ibu tercinta, isteri dan anak-anak. Namun, sekiranya orang ramai bertemu dengannya di luar, jangan segan silu untuk menegurnya.

Tambahnya lagi, dugaan pada kali ini adalah lebih berat jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini. Dalam pada itu, usahawan berusia  35 tahun tersebut turut mendoakan orang ramai berbahagia dan tenang dengan apa yang mereka lakukan.

“Demi mak saya, bini saya, anak-anak saya, saya tak nak main media sosial dah. Saya minta maaf banyak-banyak. Terima kasih atas sokongan semua kepada saya. Sesungguhnya ini dugaan paling berat buat saya. Doakan yang terbaik buat perniagaan saya.”ujarnya lagi.’

Pada masa sama, Aliff mengakui laman Instagram adalah permainan yang terindah buat dirinya lebih-lebih lagi hendak mendapatkan ramai kawan-kawan seperti pengikutnya.

“Selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang  saya nak berpisah dengan awak dan nak ada kawan banyak seperti ini.  Saya akan rindu momen dan memiliki 4.3 juta kawan dan semua media sosial saya termasuk Facebook dan TikTok yang berjuta-juta.

“Saya hanyalah insan kerdil yang banyak dosa. Saya sebenarnya ada sakit mental dan dah tak tahan. Dari kosong sampai ke tahap ini, saya redha dan ikhlaskan demi kebaikan semua. Doakan yang terbaik buat saya.”tulisnya di ruangan kapsyen.

Terdahulu, ibu usahawan tersebut iaitu Rozita Ibrahim merayu kepada Aliff Syukri agar memadam klip video lagu dangdut bersama penyanyi Baby Shima kerana telah memalukan dan menjatuhkan maruah mereka sekeluarga.

Difahamkan, usahawan tersebut telah memadam semua video yang ‘tidak senonoh’ di media sosialnya.

Rozita rayu Aliff Syukri padam klip video dangdut, usah malukan keluarga

Selain Bonda rozita yang dilihat tidak berpuas hati dengan anaknya, keluarga juga rasa malu dengan perbuatan Aliff syukri.

tindakan Aliff Syukri juga telah menyebabkan keluarga turut terima kecaman dari orang ramai.

Rozita Ibrahim, ibu usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meminta anaknya memadamkan klip video teaser lagu dangdut ‘Baby Sayang’ nyanyian duetnya bersama Baby Shima di Instagram ahli perniagaan berkenaan.

Menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini, Rozita meminta anaknya itu supaya memadam video klip berkenaan dalam tempoh 24 jam.

“Ni baiklah mak (ibu) warning (beri amaran) mak malu. Percayalah… tidak akan barakah rezeki dan nikmat kehidupan jika hilang rasa malu, melebihkan dunia sampai dah tak ada adab dan akhlak demi kerana content (kandungan media sosial).

“Mak suruh kamu delete (padam), tak nak delete (padam) video mencabar nampaknya. Ini merosakkan generasi kita yang sepatutnya jadi contoh kepada mereka,” katanya menerusi hantaran itu

Rozita turut meluahkan kesedihannya dengan perbuatan Aliff Syukri dan meminta anaknya itu supaya tidak memalukan keluarga mereka.

“Malu ialah sebahagian dari iman, nasihat itu pakaian dan makanan roh. Teguran Mak Kri (Aliff Syukri) tidak mahu ikut – tak kasihan kepada kami.

“Mak terpaksa post (muat naik) dekat sini secara terbuka, apa Kri buat memalukan mak… jujur mak tidak mahu malukan Kri, mak cuba nasihat dekat belakang,” katanya.

Rozita dalam hantaran itu turut merayu kepada Aliff Syukri supaya memadam video klip berkenaan yang menyebabkan keluarga mereka dicemuh dan dihina netizen.

“Kasihan pada arwah abah, nenek… Kri baik dan sayangkan makkan jadi mohon delete (padam).

“Kri hanya ada mak je (saja) orang tua – pandang Ida (isteri) – anak-anak – kami tak bersalah kri , nak ke mak atau Ida mati kerana tertekan,” katanya.

Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

About admin

Check Also

“Fanatlk betul kau dengan aku sampai gambr Tldak Berp4kaian pun ada..” Bek4s isteri Dai Farhan Serabvt Dngan individu ini

Dah lama tak dengar cerita Dr. Erin, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan kan? Tapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.