Dah Agak Dah ..Memang Betul..”- Akhirnya Shuib Dedah Soal Hubungannya Dgn Wan Sharmila

“Dia tak lebih daripada kawan industri (rakan berkerja di bidang sama).”

Demikian kata pelawak dan usahawan popular, Shuib ketika ditanya sejauh mana hubungannya dengan pelakon Wan Sharmila seperti hangat diperkatakan pengguna laman sosial.

Ia susulan keakraban pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu dengan ibu Shuib iaitu Salamiah Jalani pada majlis tahlil sempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah pada 8 Ogos lalu hingga menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya daripada orang ramai.

Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad ketika dihubungi berkata, dia pernah beberapa kali bekerjasama dengan Wan Sharmila.

“Dengan Wan Sharmila kami pernah ‘shooting’ (penggambaran) sekali Sepahtu Reunion. Mengenali dia secara peribadi, baik orangnya, comel, pandai bawa diri dan pandai jaga diri. Kawan industri saja, sekali dua saja pernah bekerja sekali. Jadi ia lebih pada kawan macam tulah.

“Bukan kawan rapat atau selalu bekerjasama tak, tapi lebih pada kawan industri. Suka juga tengok dia sebab dia pandai bawa diri,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shuib, ibunya adalah peminat Wan Sharmila dan teruja berjumpa pelakon itu buat pertama kali pada majlis tahlil pemergian arwah isterinya baru-baru ini.

“Mak saya memang minat Wan Sharmila. Dia suka tengok Wan Sharmila berlakon. Mak-mak kita kan suka tengok drama sebelah petang, jadi dia memang suka Wan Sharmila. Kebetulan tempoh hari Makder (ibu tiri Siti Sarah) menjemput Wan Sharmila datang, jadi dia teruja nak jumpa dan pertama kali nak jumpa berdepan. Itu yang ada video dan gambar,” katanya.

Dalam masa sama, Shuib mengakui ada berbincang dan bercakap soal jodoh jika itu sudah ditentukan Allah.

“Kalau nak cerita bab jodoh, memanglah kita ada bincang dan borak-borak dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan mama, tapi macam yang mama cakaplah dia memang nak tengok anak dia gembira saja.

“Jadi, dari segi bab pengganti atau sekarang ini saya berkawan dengan siapa atau pilihan itu siapa, insya-Allah, mama memang serahkan kepada saya. Dia punya motif itu saja nak tengok anak dia bahagia dan gembira,” katanya.

Terdahulu, gambar yang dikongsi Salamiah dan Wan Sharmila sendiri menjadi bualan netizen sehingga ada yang bersetuju pelakon itu menggantikan tempat arwah Siti Sarah sebagai isteri Shuib.

Malah menerusi TikTok, Salamiah menimbulkan tanda tanya peminat apabila meletakkan keterangan gambar, ‘biar gambar berbicara’ yang menyebabkan lebih banyak spekulasi dan andaian peminat.

Komen netizen:

Ibu Shuib Buka Cerita Tentang Wan Sharmila

MEMUAT naik gambar bersama dan saling berbalas komen, ada segelintir netizen yang anggap ibu kepada pelawak Shuib iaitu Salamiah Jalani, seakan-akan memberi bayangan bahawa pelakon Wan Sharmila bakal menjadi menantu baharunya.

Malah menerusi TikTok, Salamiah menimbulkan tanda tanya peminat apabila meletakkan kapsyen berbunyi, ‘biar gambar berbicara’ yang menyebabkan lebih banyak spekulasi dan andaian peminat.

Menjelaskan segala kekeliruan itu, Salamiah berkata, gambar yang dimuat naik hanyalah sekadar perkongsian sebagai kenang-kenangan bersama Wan Sharmila kerana dia juga meminati pelakon itu.

Mengulas jika aktres berkenaan bertemu jodoh dengan Shuib, sebagai ibu dia menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah.

“Tentang bakal jadi menantu, saya serahkan sepenuhnya kepada Allah. Kita hanya merancang, tetapi Allah yang mengatur segala-galanya.

“Saya seorang peminat Wan Sharmila, gembira dapat berjumpa dengan dia,” katanya kepada mStar.

Pelakon 7 Hari Mencintaimu itu hadir sebagai salah seorang tetamu ketika majlis bacaan tahlil bersempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada Isnin lalu di kediaman Shuib di Puchong, Selangor.

Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang? Apa yang boleh buat Shuib gembira, InsyaAllah saya akan lebih gembira- SALAMIAH JALANI

Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) akibat Cvd-19.

Dalam pada itu, Salamiah berkata, selepas setahun pemergian menantu kesayangannya, dia tidak menolak jika Shuib kembali bertemu jodoh dengan wanita pilihannya suatu hari nanti.

Sebagai ibu, dia mahu melihat anaknya hidup bahagia dan gembira.

“Siapa yang tidak mahu tengok anak bahagia? Yang pergi tetap pergi. Yang masih hidup kena teruskan kehidupan.

“Saya tidak kisah andai Shuib mahu kembali berkahwin. Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang? Apa yang boleh buat Shuib gembira, InsyaAllah saya akan lebih gembira.

Shuib seorang anak yang baik, ayah bertanggungjawab. Dia tidak pernah mengabaikan anak-anak. Saya sentiasa doakan Shuib terus kuat menjalani kehidupan,” jelasnya.

Terdahulu gambar yang dikongsi oleh Salamiah dan Wan Sharmila sendiri menjadi bualan netizen sehingga ada yang bersetuju pelakon itu menggantikan tempat arwah Siti Sarah sebagai isteri Shuib.

Shuib dan Siti Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 2011 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, setahun.

Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum Allahyarham meninggal dunia ketika usia kandungannya berusia lapan bulan.

sebagai rekod terdahulu,

Namanya dipetik kononnya merupakan wanita misteri yang memeluk anak Shuib dalam satu video baru-baru ini, akhirnya pelakonWan Sharmila bertemu dengan anak pelawak itu iaitu Talita.

Menerusi video dikongsikan di akaun Instagram Siti Sarah, Talita dilihat gembira apabila dapat bertemu serta meluangkan masa dengan Wan Sharmila.

“Bergambar dengan ibu Shuib, Wan Sharmila bakal jadi menantu?” Terbaharu, nama Wan sekali lagi menjadi bualan selepas tular dirinya bergambar bersama ibu Shuib.

Berdasarkan perkongsian amysalmi22 di laman TlkTok, mereka dilihat mesra ketika berada di majlis tahlil setahun pemergian Siti Sarah yang diadakan baru-baru ini.

Malah, kapsyen yang ditulis juga sempat menjadi tanda tanya dan seakan memberikan sedikit ‘hint’ mengenai status terbaru pelawak tersebut.

“Jika benar seperti kami fikir, Alhamdulillah… senyum saya tengok gambar ni, tak tau kenapa”

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

“Fanatlk betul kau dengan aku sampai gambr Tldak Berp4kaian pun ada..” Bek4s isteri Dai Farhan Serabvt Dngan individu ini

Dah lama tak dengar cerita Dr. Erin, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan kan? Tapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.