Connect with us

Hiburan

“Klu Dah Berhijab, Jgn Normalkan Buka Balik, Itu Penyaklt..”- Pelakon Ummi Nazeera Perli Elyana?

Published

on

Saban tahun ada sahaja cerita mengenai isu selebriti wanita yang kembali membuka tudung semula termasuk baru-baru ini, penyanyi Elyana akui tidak lagi berhijab.

Susulan isu tersebut, baru-baru ini tular video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memaparkan pelakon Ummi Nazeera memberikan pendapatnya mengenai isu berkenaan.

Menerusi temubual oleh sebuah stesen radio Malaysia, Zayan FM itu, Ummi berkata jangan menormalisasikan membuka tudung selepas berhijab.

“Eh ramai dah buka tudung, maknanya yang lain boleh buka tudung. Its not normal, ini tak betul. Kalau dah pakai itu, jangan jadikan ianya normal nak buka tudung semula. Ia dah jadi macam satu penyakit,” katanya.

Ummi berkata sebagai manusia tiada siapa tahu tentang pengakhiran seseorang serta meminta orang yang menenalinya mendoakannya kekal berhijab sehingga ke pengakhiran hidup.

“Saya minta orang disekeliling yang menyayangi diri saya agar mendoakan agar diri ini tidak membuka tudung. Saya risau kalau itu pengakhiran saya.

“Kita tak tahu pengakhiran kita macam mana. Sekarang saya pakai tudung, tapi tahu akhirnya macam mana. Mungkin artis yang buka tudung nanti akhirnya dia pakai tudung. Amin,” katanya.

Komen Netizen:

terdahulu, Lakonan Penuh Emosi Ummi Nazeera Raih Pujian Ramai

Episod ke-27 drama Risik Pada Hati menjadi fenomena di Malaysia, apatah lagi babak Hayfa lakonan Ummi Nazeera ‘menghembur’ segala rasa hati yang terbuku kepada suaminya Adam. lakonan Alif Satar, sekali lagi berjaya memukau penonton setia drama tersebut.

Hayfa Dan Adam Berpisah Jua

Murai MY menjengah ke Instagram Ummi Nazeera, bintang utama drama popular ini memuatnaik klip video episod ke-27 yang penuh emosi dimana Adam akhirnya menceraikan isteri pertamanya Hayfa di hadapan Aisya lakonan Zara Zya.

Muatnaik yang dikongsikan itu disertakan sekali dengan coretan ringkas Ummi berkenaan episod tersebut di Instagram-nya.

Rakan Industri Puji Ummi

Muatnaik yang dikongsikan pelakon berbakat ini mendapat pujian ramai selebriti terkenal seperti Puan Sri Tiara Jacquelina, Aznil Nawawi, Lisa Surihani, Uyaina Arshad, Yana Samsudin, Daiyan Trisha, Radin Era, Mira Filzah dan juga Alif Satar.

“Pergh! Best actress of the decade!! U nailed it girl!!” – @aznilnawawihm

“Wow @umminazeera that was so TRUTHFUL, I really felt you. Well done to you adik. Bravo” – @tiarajacquelina

“That was so tough to watch Ummi… You were fantastic. Besar betul ujian masing-masing” – @lisasurihani

“Mainan jiwa korang gila woo” – @radin_era

“Sedihnya.. Terasa sangat.. Menuruk.. Love your passion.. Great job girl” – @yanasamsudin

“Sedih” – @alifsatar

Netizen Puas Hati Tengok Hayfa

Selain rakan rakan selebriti, ramai warganet yang telah menonton episod drama tersebut turut memuji lakonan Ummi dan puas hati melihat Hayfa akhirnya melepaskan segala rasa yang terpendam kepada Adam.

“Rasa puas tengok Hayfa lepaskan apa yang terpendam tu. Good job Hayfa @umminazeera”

“Emosi scene ni meletus-letus.. Hebat betul lakonan @umminazeera”

“Huaa “After all I’ve done for you”… Sedih” komen warganet

“Saya team Hayfa. Akhirnya Hayfa juga yang beralah mengalah demi kebahagiaan Aisya, Umar, Adam..”

“Lakonan you power sangat @umminazeera”

“Best gila rasa puas tengok Hayfa cakap macam tu” komen mereka

Lihat video:

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hiburan

Shuib, Watie Nikah 23 Jun 2023 Tanpa Majlis Resepsi, Syukur Dapat Tajaan RM1.7 Juta

Published

on

By

Pelakon dan pelawak Shuib mengumumkan tiada sebarang majlis resepsi untuk perkahwinannya bersama pasangannya, Watie Hanifah yang akan berlangsung pada 23 Jun ini.

Menurut Shuib, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan hanya melangsungkan majlis khatam, berinai dan akad nikah.

“Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. Tetapi, takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

“Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.

Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Shuib ketika ditemui di sesi sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie, di Astro Bukit Jalil, hari ini.

Selain itu, Shuib juga memaklumkan mereka telah mendapat tahaan mencecah lebih RM1 juta sempena majlis itu.

“Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.

“Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” jelasnya.

Shuib juga menyatakan majlis itu hanya terhad kepada 600 tetamu dan akan diadakan di Putra Glass House, Putra Height.

Majlis ini juga akan ditayangkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis serta perjalanan cinta Shuib dan Watie, Walimatulurus Shuib dan Watie.

Program tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun, 9 malam di Astro Ria.

Terdahulu, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Sumber:Xtra

Continue Reading

Hiburan

Disangka lelaki tunjal kepala wanita, pengguna FB buat laporan polis – “Ramai serang aku”

Published

on

By

Seorang pengguna laman Facebook terpaksa membuat laporan polis selepas terdapat netizen menyangka dia adalah suspek lelaki yang mengasari seorang pemandu wanita berhubung penularan sebuah video di media sosial sejak semalam.

Menurut Mamatt Khalid XV, salah faham terjadi apabila seorang individu dalam senarai rakan Facebook ‘menyeru’ nama akaunnya pada video tular tersebut sebelum warganet mula menjalankan ‘tugas’ mereka.

Penafian! Pelaku bukan saya

Mamatt berkata, susulan kekeliruan yang timbul, dia seolah-olah terkejut apabila diserang oleh ‘tentera bawang’ sehingga membabitkan ahli keluarganya.

“Disebabkan ramai yang serang aku kat komen dengan messenger mengatakan aku ni adalah si musibat (suspek lelaki) yang kat dalam video yang viral ni.
“Aku dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bukan aku pelaku dalam video tersebut. Disebabkan salah sorg dalam friendlist aku tag nama aku. Tak memasal aku kena serang bertubi-tubi.
“Harap pemilik video dengan adik dia (mangsa) dapat bagi pencerahan. Aku dah hubungi dua beradik ni tapi takde respon,” tulisnya.

Tambah Mamatt, tindakan membuat laporan di Balai Polis Gombak, Selangor adalah untuk melindungi dirinya serta ahli keluarga apatah lagi fitnah yang dilemparkan orang ramai.

Setelah berbincang dengan mereka uang terdekat dan  mendapatkan nasihat daripada peguam. Dan yakin segala bukti memang mencukupi.
“Kita teruskan, demi maruah keluarga kecik aku. Habis anak, bini, arwah bapak aku kena petik. Untuk “mereka-mereka” yang serang aku dari 2.30 petang hingga maghrib tadi (semalam). Ada hadiah untuk kalian,” katanya.

Terdahulu, suspek lelaki yang berusia 29 tahun bertindak menunjal kepala pemandu wanita berpunca daripada perselisihan faham di jalan raya.

Menurut laporan Utusan, kejadian itu berlaku pada petang Isnin ketika mangsa yang berusia 24 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya.

Bagaimanapun, penyelia kilang di Serdang, Selangor itu sudah direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Facebook Mamatt Khalid XVUtusan (Asliza Musa),Omm

Continue Reading

Hiburan

Lelaki Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Selebriti Luah Rasa Berang!-“Nak Kenal Bab* Ni..”

Published

on

By

Baru-baru ini tular satu video di Facebook yang memaparkan seorang lelaki yang memarahi seorang wanita yang didakwa telah memandu secara berbahaya.

Lelaki berkenaan turut bertindak mengetuk cermin kereta pemandu itu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak memukul kepala mangsa.

Video yang tular itu turut mendapat reaksi oleh pelakon, Yana Samsudin menerusi hantaran di Instagram, mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan yang memukul pemandu wanita itu.

“Tak gentle la pukul perempuan. Roadbully camni kena kasi ajar sikit adab dan etika sebagai manusia.”-kapsyen Yana Samsudin di Instagram

Barisan Selebriti Luah Rasa Berang!

Dalam pada itu, perkongsian Yana turut dihujani dengan komen netizen serta rakan selebriti Rozita Che Wan, Zulin Aziz, Nana Sheme, Neeta Manis, Sharif Zero, Mustaqim Bahadon, Haiza Hanafi dan ramai lagi yang berang dengan lagak samseng lelaki berkenaan yang biadab terhadap mangsa.“Nak jugak kenal bab* ni!! Kuqang ajaq sangat….eeee.”- Rozita Che Wan

Aikk lelaki ke perempuan takyah la pukul. Ini bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Sedih bila tengok benda macam ni.”- Brian Masterchef

“Kalau dia betul buat salah bang nak sound dia terserah abangkah tapi abang naik tangan tu adeh..”-Mustaqim Bahadon

“Sapa dia, tak kenal!!!.”-Haiza Hanafi

“Abang ni ngan perempuan dia tepuk-tepuk lah. Cuba abang gadang besar yang bawak kereta tu. Suka hati je tepuk dahi orang. Siap cakap tak kenal dia siapa. Gangster pun tak buat macam ni bang. Dia tau bukan lawan dia. Memang taraf-taraf gangster pukul perempuan ke apa.”-Zuliz Aziz

Menurut laporan Harian Metro,  lelaki yang dirakam memukul kepala pemandu wanita itu telah ditahan pihak polis dan dibawa ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.

Sumber:Murai my

Continue Reading

Trending