Baru-baru ini, pelakon cantik Nora Danish mengakui dirinya mengalami masalah anxiety dan sering berfikir buruk tentang sesuatu perkara terutama kematian.
Menerusi perkongsiannya kepada Mstar, Nora memaklumkan yang dia kerap berfikir tentang kematian sehingga ada ketika berasa sangat takut untuk menaiki pesawat. Namun, aktres itu mengatakan ia berkemungkinan disebabkan faktor usia yang mana dia kini sudah menjangkau 40 tahun.
Bukan itu sahaja, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif turut mendedahkan dirinya telah membuat wasiat untuk anak-anaknya sekiranya terjadi apa-apa kepadanya dikemudian hari.
Lihat siaran ini di Instagram
Takut mati tapi seksi
Bagaimanapun, perkongsian mengenai anxiety sehingga takut mati itu mengundang perlian warganet di sebuah portal hiburan tempatan, Gempak. Warganet berpendapat seandainya aktres itu benar-benar takut dengan kematian, dia tidak akan berpakaian yang mendedahkan aurat.
Dia cuma takut tua…
Baguslah ada kesedaran. Pelan2 ubah kearah kebaikan
Selain itu, terdapat netizen menasihati pelakon itu untuk menutup aurat dengan sempurna jika benar takut akan kematian. Tambahan pula umurnya yang kini sudah semakin meningkat, jadi lebih baik jika dia memakai pakaian yang lebih tertutup.
Sumber: Facebook Astro Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.