“Tahniah, Semoga Dipermudahkan..”- Gambar Terkini Ibu Shuib & Pelakon Wan Sharmila Undang Reaksi

Namanya dipetik kononnya merupakan wanita misteri yang memeluk anak Shuib dalam satu video baru-baru ini, akhirnya pelakonWan Sharmila bertemu dengan anak pelawak itu iaitu Talita.

Menerusi video dikongsikan di akaun Instagram Siti Sarah, Talita dilihat gembira apabila dapat bertemu serta meluangkan masa dengan Wan Sharmila.

“Bergambar dengan ibu Shuib, Wan Sharmila bakal jadi menantu?” Terbaharu, nama Wan sekali lagi menjadi bualan selepas tular dirinya bergambar bersama ibu Shuib.

Berdasarkan perkongsian amysalmi22 di laman TlkTok, mereka dilihat mesra ketika berada di majlis tahlil setahun pemergian Siti Sarah yang diadakan baru-baru ini.

Malah, kapsyen yang ditulis juga sempat menjadi tanda tanya dan seakan memberikan sedikit ‘hint’ mengenai status terbaru pelawak tersebut.

“Jika benar seperti kami fikir, Alhamdulillah… senyum saya tengok gambar ni, tak tau kenapa”

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selepas melihat perkongsian itu.

Malah, ramai juga yang `merestui’ hubungan tersebut selain menitipkan doa seandainya perkara berkenaan benar-benar terjadi.

“tak nak laaa gambar yg berbicara.…apa kata anak puan shuib yg berbicara baru kami seronok nk dengar”

“harap wan shamila id menantu puan”

“saya suka wan sharmila ni.suka lakonan dia…semoga dipermudahkn..jd nantu mama lah ni…orgnya ceria mcm mama jgk kn”

“wan Shamila ok jgak….dr dulu berhijab lembut mcm arwh”

“moga Allah permudahkan dan merahmati keluarga mama,suka dgn wan sharmila”

“Semoga dipermudahkan segala urusan”

“Senyum senyum aku tgok ni gambar… Nda tw kenapa mcm sampai tu gambar berbicara”

“jika benar spt kami fikir..alhamdulillah semoga di permudahkan”

“klu betil mila kenapa pakai handbag..ke cane tu.”

“semoga dipermudahkan urusan auntie n shuib”

“Alhamdulillah.…dia Pon dh byk berubah dr segi pemakaian. lebih nampak muslimah skrg. ishh…suka2..puan jga dia baik2. kami doakan yg terbaik..”

lihat video:

Hasrat pelawak popular, Shuib Sepahtu, 38, mengubah suai kediaman yang didiami sejak empat tahun lalu dibatalkan selepas didatangi mimpi isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin seakan tidak bersetuju dengan keputusannya.

Shuib berkata, dia berhasrat mengubah suai kediaman bagi memberi suasana baharu selepas enam bulan pemergian penyanyi lagu Kesetiaan itu akibat pandemik CVD-19, tahun lalu.

Malah, kata Shuib, dia juga sudah berbincang dengan pereka dalaman untuk majlis tahlil setahun pemergian arwah isteri yang tercinta itu.

“Namun, saya lupakan hasrat ubah suai kediaman, bulan lalu selepas didatangi mimpi sedih seolah-olah arwah tidak merestui keputusan ini.

Mimpi masuk rumah baru dan cari arwah siti sarah

“Saya bermimpi masuk ke kediaman baharu dan tercari-cari arwah, namun, beliau tiada. Ketika itu, barulah saya sedar arwah sudah meninggal dunia,” katanya kepada BH Online.

Anggota kumpulan Sepahtu itu berkata, dia masih menyimpan barangan peribadi milik arwah untuk dijadikan kenangan, termasuk baju terakhir dipakai sebelum dibawa ke hospital, setahun lalu.

“Baju terakhir dipakai arwah masih saya simpan dengan elok. Itulah yang menjadi pengubat rindu saya pada arwah,” katanya.

Shuib berkata, mengenangkan arwah adalah perasaan terlalu mahal harganya.

“Sepanjang 38 tahun hidup, belum pernah saya mengingati sesuatu, setiap hari seperti saya mengingati arwah yang menjadi korban CVD-19 pada 9 Ogos, tahun lalu.

“Saya tak tahu bagaimana nak menterjemahkan perasaan ini. Sudah tentu, saya masih sedih atas kehilangan arwah, lebih lagi, apabila tiba tarikh penting seperti hari ini.

“Perasaan kehilangan kian terasa. Saya sudah banyak kali ulang ayat ini iaitu saya mengingati arwah tanpa gagal, setiap hari. Bagi saya, mengingati arwah adalah perkara sangat manis.

“Saya juga tertanya-tanya apakah semua ini. Dan jarang berlaku pada seseorang, tetapi saya percaya mengingati arwah cukup mahal nilainya,” katanya yang ditemui pada majlis tahlil sempena setahun pemergian arwah Siti Sarah di kediamannya, malam tadi.

Tambah Shuib lagi, dia tetap merasakan arwah masih hidup biarpun sudah setahun pemergiannya. Lebih lagi, jika melihat video yang dimuat naik dalam Instagram (IG) arwah.

Contohnya, admin IG memuat naik video arwah memakai telekung, baru-baru ini. Ketika melihatkan video ini, saya sangat terkejut kerana seolah-olah arwah sendiri memuat naik video ini.

“Namun, akhirnya saya tersedar arwah sudah tidak ada, tetapi videonya seolah-olah masih hidup.

“Sebelum ini, arwah selalu merajuk jika saya tidak lihat IG Story. Arwah selalu anggap, saya hanya melihat IG Story orang lain, tetapi tidak tengok IG Story miliknya.

“Namun, kini semua hanya tinggal kenangan,” kata Shuib.

Berkongsi mengenai anak-anak, kata Shuib, emosi empat permata hatinya, Uwais Alqarmi, 11; Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 1, masih terkawal.

“Alhamdulillah, anak-anak sihat dan emosi juga terkawal. Semua semakin pandai dan senang dijaga.

“Ayash semakin sihat. Kini, Mama menjaganya di kampung halaman saya di Johor. Selang dua atau tiga minggu, saya akan menghantar orang untuk mengambil Mama dan Ayash.

“Mujurlah teknologi semakin canggih, jadi saya senang berhubung dengan Mama, setiap hari untuk mengetahui keadaan Ayash,” katanya.

Terdahulu arwah Sit Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas tiga hari melahirkan anak bongsu, Ayash.

Sumber : viralnewsupdates

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

About admin

Check Also

“Fanatlk betul kau dengan aku sampai gambr Tldak Berp4kaian pun ada..” Bek4s isteri Dai Farhan Serabvt Dngan individu ini

Dah lama tak dengar cerita Dr. Erin, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan kan? Tapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.