Selepas Tiga Hari Sah Bercer4i, Luahan Mizz Nina Undang Perhatian Ramai

Nama Mizz Nina dan Noh Salleh menjadi trending di kebanyakan media sosial selepas mereka mengumumkan sudah bercerai pada Khamis lalu.

Rata-rata yang mengikuti kisah perkahwinan mereka terkejut dengan perpisahan pasangan yang disifatkan ideal oleh kebanyakan peminat.

video ada di bawah sekali..

Menerusi muat naik terkini di laman Instagram miliknya, Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, mengambil kesempatan cuti hujung minggu membawa anak angkatnya, Musa bersiar-siar melihat pameran dan pesta lampu yang diadakan di ibu kota.

Dalam entri tersebut, Nina menulis curahan hati yang mana dia mengatakan hidup perlu diteruskan biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

“Hidup diteruskan, seperti apa yang salah seorang guru saya cakapkan baru-baru ini, kita mesti tawakal dan meletakkan kepercayaan kepada Allah SWT.

“Walau apa pun yang terjadi dalam hidup, Allah tahu apa yang terbaik serta akan memberikan yang terbaik buat kamu.

“Kita hanya perlu meneruskan kehidupan dengan sebaiknya dan tidak ditenggelami dengan rasa sedih sehingga membuatkan kita takut untuk menempuh hari mendatang dengan menjadi kurang aktif dan produktif.

“Saya sangat takut jika tidak menggunakan masa yang diberikan Allah kepada saya dengan sebaiknya, sekiranya saya terbawa-bawa dengan emosi negatif,” tulisnya.

Bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew itu juga turut berterima kasih di atas doa dan kasih sayang yang telah diberikan semua buat dirinya.

“Alhamdulillah atas doa dan kata-kata semangat serta sokongan anda. Semoga Allah membalas dan mengurniakan kalian dengan lebih banyak kasih sayang, barakah, perlindungan dan kejayaan dunia serta akhirat,” tulisnya lagi.

Nina dan Noh yang juga merupakan vokalis kumpulan Hujan, mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.

Pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas 11 tahun hidup bersama.

Pada Mac lalu, Nina dan Noh mengumumkan mereka mengambil anak angkat yang diberi nama Musa.

lihat video:

Sumber: media.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

Patutlah dia dah beberapa kali keluar masuk hospital sebelum ni.. “Tak sangka fad buka cerita keadaan terkini isteri buat semua mendoakan..

Tindakan pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey yang berkongsi video memaparkan isterinya, Syaheera Rahman sedang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.