Saya tertek4n sebab netizen. I give up, betul-betul give up” – Elyana.

Nama penyanyi Elyana kembali menjadi perbualan netizen selepas dia bertindak memuat naik sekeping foto di laman Instagram memaparkan dirinya tidak memakai hijab pada Sabtu.

Tindakan penyanyi berusia 35 tahun itu sekali gus mencetuskan kebimbangan dan tanda tanya dalam kalangan peminat. Mengada dia berbuat demikian?

Namun, tidak kurang ada juga individu mengecamnya seolah-olah tidak bersyukur apabila sudah diberi peluang kedua untuk bebas daripada kanser limfoma dihadapinya sebelum ini.

Memetik laporan Utusan Online, penyanyi lagu Tapak Sulaiman itu mengakui tertekan dengan segelintir warganet yang sering mempersoalkan caranya dalam menutup aurat.

“Betul, saya tertekan kerana warganet. I give up, betul-betul give up,” kata pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu secara ringkas.

Terdahulu, dia berkongsi foto tersebut yang mengenakan ‘hoodie’ bertulis Jadi Diriku, seluar jeans mempunyai beberapa bahagian terkoyak serta tanpa berhijab selain menutup ruangan komen.

Sebelum ini, Elyana pernah meluahkan kekesalan terhadap segelintir netizen ‘bermulut puaka’ yang mendakwa dia sengaja mencari publisiti murahan dalam melawan penyakit berkenaan.

Dituduh mula tak tutup aurat dengan sempurna, Elyana tampil bersuara

Baru-baru ini, penyanyi Elyana berkongsi keadaan dirinya yang sedang sakit, namun ada pula individu yang menuduh pelatun lagu Kalis Rindu itu sengaja mencari publisiti murahan.

Barangkali bengang dengan tuduhan tak berasas tersebut, Elyana menjawab komen tersebut dengan mengatakan dirinya merahsiakan penyakit kanser yang dihadapinya selama tahun kerana mahu mengelakkan diri daripada menerima tuduhan sedemikian.

“Cari simpati? Ayat paling pantang telinga aku dengar! Inilah sebab aku ambil masa lapan tahun untuk tidak mahu beritahu aku sakit. Sebab tiada guna pun.

“Aku buat keputusan salah. Terima kasih rakyat Malaysia yang tinggi ilmu agama. Bab komen fasal agama memang nombor satu. Solat lima waktu jangan tinggal pula,” tulisnya dalam satu perkongsian di InstaStory.

Tidak cukup dengan itu, individu tersebut turut menegur tentang penjagaan aurat serta menasihati Elyana supaya jangan mensia-siakan peluang kedua oleh Allah SWT.

Namun, penyanyi berusia 32 tahun itu tidak berdiam diri sebaliknya menjawab ‘nasihat’ itu dengan mengatakan dirinya sudah lama sering dihina dan inilah masanya untuk mempertahankan diri sendiri.

“Mungkin dulu saya tak suka menjawab, tetapi tidak adil untuk diri saya yang sering dihina dan dipijak. Ketika awak sakit, keluarga dan kawan sakit, terus datang pada saya untuk bertanya tanpa rasa bersalah. Apa jenis manusiakah anda?”

Sebelum ini, Elyana ada berkongsi dia tertidur selama 15 jam kerana demam teruk dan hilang selera makan.
Sumber: Instagram @elyanaofficial1

Sumber: Utusan Online (Alif Fadli) , Instagram Elyana, OMM.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

About admin

Check Also

Patutlah dia dah beberapa kali keluar masuk hospital sebelum ni.. “Tak sangka fad buka cerita keadaan terkini isteri buat semua mendoakan..

Tindakan pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey yang berkongsi video memaparkan isterinya, Syaheera Rahman sedang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.