Masih ingat Bob Lokman? Ini keadaanya sekarang mengejvtkan Rmai

Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 58, mengakui tidak mahu banyak berfikir apatah lagi mengenai tahap kesihatannya.

Menurutnya, dia hanya mahu hidup dengan tenang dan sentiasa positif memandangkan kesihatan jantung beliau kini tinggal 10 peratus sahaja.

“Saya sekarang, nak tenang-tenang saja. Keadaan penyakit saya, dah memang begini dan tak mahu terlalu banyak fikir lagi. Saya nak terima semuanya dengan hati yang tenang dan positif.

“Sekarang, saya hanya nak cari ketenangan diri dalam menghadapi ujian penyakit dan takdir Tuhan ini. Rawatan doktor pun dah saya lakukan, tapi Allah Maha Mengetahui. Dalam hidup ini, semua orang akhirnya akan mati juga,” katanya.

Pelakon yang popular menerusi sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu episod Kaki Pau itu memaklumkan dia terpaksa menangguhkan temujanji pemeriksaan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada Jun lalu akibat terlalu penat dan memerlukan pertolongan orang lain.

“Saya patut jumpa doktor pada hujung Jun lalu. Tapi, saya memang cepat penat dan kalau nak ke kereta pun, kena ada orang papah. Malah, untuk bergerak di hospital nanti, kena ada orang tolakkan kerusi roda serta mengusung tong gas bagi bantuan pernafasan saya. Jadi, ia menyusahkan orang lain saja.

“Sejak Ramadan lalu, saya makan pun sekali sehari, pada awal pagi. Untuk petang dan malam, saya memang dah tak boleh makan sebab tak ada selera. Setiap hari, selera makan saya hanya ada pada awal pagi.

“Saya juga kini semakin bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Dengan anak-anak pun, saya dah beritahu mereka berkenaan hala tuju yang harus dilakukan apabila saya sudah tiada nanti. InsyaAllah, mereka faham,” jelasnya.

Memetik laporan Harian Metro, Bob pernah mendapatkan rawatan selama tiga hari di Institut Jantung Negara (IJN) namun keluar dari hospital tersebut dan balik ke Kelantan pada 24 April lalu akibat masalah kewangan.

Justeru itu, bagi orang ramai dan pihak yang mahu membantu Bob boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank isteri, Relawati Daud di nombor 162348359386.

Sumber : xtra

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

“Fanatlk betul kau dengan aku sampai gambr Tldak Berp4kaian pun ada..” Bek4s isteri Dai Farhan Serabvt Dngan individu ini

Dah lama tak dengar cerita Dr. Erin, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan kan? Tapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.