Baru sahaja pulih dari kans3r, Tak sangka ini pula terjadi pada Elyana kejutkan semua pihak..

Pada Disember tahun lalu, penyanyi Elyana berkongsi khabar gembira akhirnya bebas daripada kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang.

Perkongsian terbaru Elyana menjadi perhatian apabila memberitahu dia mula mengalami kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi yang dijalaninya sebelum ini seperti masalah pendengaran dan penglihatan.

Menurut Elyana, kesan sampingan itu adalah perkara biasa dialami pesakit kanser lebih-lebih lagi sudah terlalu lama menjalani rawatan serta pengambilan ubat.

“Siapa kata senang jadi saya? Hari ini telinga saya pula tak dengar sebelah. Jadi mahu ke hospital lagi. Awak nak jadi saya? Kita tukar sekarang.

“Untuk pengetahuan anda, mata tak berapa jelas, pendengaran rosak, memori hilang, sakit saraf, sendi dan macam-macam lagi. Itu adalah perkara normal untuk mereka yang terlalu lama menahan sakit dengan kemoterapi atau radioterapi serta ubat-ubatan,” katanya.

Berkongsikan perkara itu di Insta Story, Elyana menjawab persoalan netizen yang mendakwa dia lupa diri selepas disahkan bebas kanser.

Sebelum ini, Elyana ada memuat naik paparan perbualan individu yang cuba memberi nasihat kepadanya namun menghina dirinya serta menuduhnya sengaja mencari simpati.

Sumber:ROTIKAYA

Terdahulu,

Penyanyi popular, Elyana mengumumkan berita gembira apabila penyakit kanser limfoma yang dihadapinya selama 11 tahun kini sudah hilang.

Perkara tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!

“Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami.. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya . Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. I love u Ya Allah,” ujarnya.

Sebelum ini, Elyana memaklumkan bahawa dirinya telah menghidap penyakit tersebut dan sudah menjalani rawatan untuk merawat penyakitnya itu.

Dalam pada itu, rata-rata komen daripada rakan-rakan artis dan peminat mengucapkan rasa syukur terhadap keadaan terkini penyanyi itu.

About admin

Check Also

Lain kali disuruh ‘post’ Tkpayah ‘post’.. Orang lain yang terbabit semuanya ‘maIaik4t’, saya seorang saja tldak” Zul Ariffin tuju pada Seseorang?

“Tiada tindakan sebab orang lain yang terbabit semuanya `malaikaf, saya seorang saja tidak. Jadi, saya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.