PDRM Berjaya Temui Kontrakt0r Ubhsuai Rmah Zalina.Azman. Ini Jawapan Mereka Ketika Soal Slasat

Kuala Lumpur – Sebelum ini polis sedang meng.esan beberapa pekerja yang dipercayai melaksanakan pengubahsuaian kediaman bekas personaliti TV3, Zalina Azman.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata ia bagi membantu si.asatan k.es kehilangan Zalina atau turut dikenali sebagai Zally sejak November tahun lalu.

Dalam usaha s.iasatan itu, beliau berkata, polis telah mengambil keterangan enam ahli keluarga Zalina, setakat ini.

Enam ahli keluarga diambil keterangan bagi membantu sia.satan selepas laporan polis dibuat berhubung kehilangan Zalina.

“Bagaimanapun, polis masih menjalankan s.iasatan dan mengesan pekerja terbabit,” katanya kepada media.

Pemilik pusat tahfiz yang berjiran dengan rumah Zalina, Mohammad Bokhari Shariff, 76, memaklumkan kerja pengubahsuaian kediaman berkenaan terhenti beberapa bulan sebelum kehilangan wanita itu dilaporkan.

Ini Kenyataan Dari Pekerja Dan Kontraktor

Polis mengesahkan kontraktor dan dua pekerja yang melakukan kerja pengubahsuaian rumah bekas personaliti TV3, Zalina Azman tidak terbabit dalam k.es kehilangan wanita itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata kontraktor berusia 30an dan pekerjanya dipanggil untuk memberikan kenyataan berkaitan k.es kehilangan Zalina, dua minggu lalu.

Mereka memaklumkan kerja pengubahsuaian bermula 2019 selepas setahun Zalina membeli rumah itu dan ia dilakukan secara berperingkat dengan dimulakan pendawaian, studio untuk galeri, tempat masak dan rakaman.

“Kos ubah suai rumah itu berjumlah kira-kira RM 320,000 dan Zalina sempat membuat pembayaran RM 260,000 yang dibayar secara berperingkat mengikut kerja pengubahsuaian yang dijalankan dan bayaran terakhir pada Ogos tahun lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Beliau berkata, kerja pengubahsuaian rumah Zalina juga dilakukan ketika P.erintah Kawalan Pergerakan.

Katanya, Zalina kemudian tidak meneruskan pengubahsuaian kerana tidak mempunyai wang ketika proses ubah suai rumah itu sudah siap kira-kira 60 peratus.

“Polis mengesahkan kontraktor dan dua pekerja itu tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan Zalina. Setakat ini, sebanyak 20 keterangan sudah diambil sejak kehilangan wanita itu pada November tahun lalu,” katanya.

Mengulas mengenai polis melakukan ti.ndakan geledah kediaman Zalina sebanyak tiga kali, Mohd Iqbal memaklumkan ia bagi memastikan pihaknya tidak tertinggal sebarang b.ukti.

“Dalam pemeriksaan terakhir 28 Julai lalu, kita mengambil satu unit komputer riba untuk dianalisa dan beberapa dokumen. Pemeriksaan menggunakan Unit Anjing PengesanK9 juga g.agal mengesan sebarang jejak di rumah itu,” katanya.

Pada 18 Julai, media melaporkan polis giat mencari bekas personaliti TV3 itu yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Polis menerima laporan daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berhubung kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November bagi memaklumkan bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke h.ospital.

Kredit : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Tlada wanita mahu brcer4i tnpa sebab..” Diana Danielle datang mahkamah minta berpisah, Ini pula Balas Farid kamil

Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *