An4k Melayu Dijaga Ibu Angk4t Cina, Perpis4han “Laoshi” & Anak Murid Mengvndang Kesedih4n Ramai

Anak Melayu Dijaga Ibu Angkat Cina, Perpisahan “Laoshi” & Anak Murid Mengundang Kesedihan Ramai

Malaysia cukup terkenal dengan kepelbagaian masyarakat dari bangsa, agama, dan kaum. Mereka boleh hidup secara harmoni, menghormati satu sama lain dan hidup tanpa mengenal erti perbezaan budaya. Anak Melayu dijaga ibu angkat Cina adalah kisah hidup Chee Hoi Lan dan Rohana Abdullah yang mempunyai keunikannya tersendiri.

Kasih tidak bertepi, anak Melayu dijaga ibu angkat Cina

22 tahun dahulu, seorang anak kecil berjantina perempuan telah ditinggalkan di tadika setelah ibunya terpaksa pulang semula ke kampung halaman di Indonesia. Anak kecil yang bernama Rohana Abdullah ketika itu baru sahaja berusia 2 bulan. Kerana rasa ihsan yang terlalu tinggi dan murni, anak Melayu dijaga ibu angkat Cina, Chee Hoi Lan seperti anaknya sendiri.

Tahun berganti tahun, dan hari ini kanak-kanak perempuan itu telah membesar menjadi gadis Melayu yang sangat cantik berumur 22 tahun. Ibu angkat Cina yang juga merupakan bekas guru sekarang sudah nampak jelas raut wajah tuanya memandangkan usia sudah pun menjangkau 84 tahun.

Sepanjang anak Melayu dijaga ibu angkat Cina ini, kasih sayang dan perhatian diberikan dengan sepenuh hati tanpa mengenal perbezaan agama dan bangsa. Jurang berpezaan itu seolah-oleh hilang dengan rasa cinta ibu angkat kepada anak angkat.

Rohana dapat tawaran belajar di universiti

Gadis Melayu ini sebenarnya pernah tular dahulu kerana ditinggalkan ibu tanpa kerakyatan ketika masih bayi. Berita tersebut mendapat perhatian ramai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun pada bulan April lalu, Rohana telah mendapat taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan. Berkat itu juga, dia telah menerima tawaran untuk sambung pelajaran ke menara gading tepatnya di universiti awam Malaysia.

Rohana menerima tawaran mengikuti pengajian Diplpma Sains Komputer daripada Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) baru-baru ini. Siapa yang tidak gembira dan bersyukur apabila menerima tawaran sedemikian.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak ucap terima kasih, sangat bersyukur dengan hadiah yang dikurniakan Allah kerana ini memang satu perkara yang saya impikan sejak lama.

Terima kasih juga kepada pihak UTEM. Walaupun saya lebih meminati bidang perubatan, Sains Komputer ini adalah bidang pilihan kedua saya dan ‘laoshi’ (panggilan untuk ibu angkatnya) juga menyokongnya. Jadi, saya akan lakukan yang terbaik untuk membalas jasanya,” katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ibrahim Yaakob, Kampung Batu.

Namun jauh di sudut hati rasa berat untuk berpisah dengan Laoshi memuncak di dada. Tawaran itu diterima di saat-saat akhir dan banyak persiapan yang perlu dilakukan.

Ada beberapa barangan keperluan belum dibeli dan dia juga sedang mencari pembantu rumah yang dapat menjaga Laoshi sepanjang ketiadaannya.

“Kebelakangan ini dia (Chee) sering menangis apabila mengenangkan kami akan berjauhan jadi adalah lebih elok sekiranya ada orang temankan dia sekali-sekala di rumah sementara menunggu kepulangan saya pada hujung minggu,” katanya.

“Sentiasa berkelakuan baik, berakhlak murni dan jaga solat…” – Laoshi

Hoi Lin yang tidak berkahwin selama ini sentiasa memastikan Rohana yang hidup bersamanya sejak kecil dapat meneruskan hidup sebagai seorang Muslim. Dia sangat jelas, sebagai seorang Muslim ada benda yang anaknya itu tidak boleh makan, dan ada masa-masa tertentu perlu solat, tetapi itu tidak menjadi masalah untuknya.

“Saya mengambil tanggungjawab sebagai ibu, saya didik, saya asuh dia seperti mana sepatutnya. Yang membezakan kami adalah budaya dan agama,” katanya.

Menurut Hoi Lin sepanjang dia menjaga Rohana, ibu kandung Rohana yang juga warga Indonesia berkahwin dengan bapanya seorang warga tempatan yang menghilangkan diri selepas dia dilahirkan datang ke Malaysia beberapa kali.

Walaupun terpaksa berpisah pertama kali dengan ibu angkatnya dalam tempoh yang agak lama demi menimba ilmu, ibu angkatnya itu telah banyak memberi pesanan untuknya.

Laoshi berpesan agar dia sentiasa berkelakuan baik, berakhlak murni dan menjaga solat. Selain itu, Laoshi juga berpesan agar jangan lupa pada keluarga, selalu telefon dia, belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar.”

Kasih sayang yang mekar antara Hoi Lin dan Rohana ini mmberikan kita bukti bahawa rasa cinta dan tanggungjawab seorang insan tidak akan terhakis dengan perbezaan dari warna kulit dan kepercayaan. Sesungguhnya kemurniaan hati Hoi Lin dalam membesarkan Rohana dan menjaga keimanannya sebagai seorang Muslim sejak kanak-kanak itu kecil sehingga sekarang memang satu amanah yang begitu besar.

Sumber: Berita HarianHarian Metro

About admin

Check Also

Lain kali disuruh ‘post’ Tkpayah ‘post’.. Orang lain yang terbabit semuanya ‘maIaik4t’, saya seorang saja tldak” Zul Ariffin tuju pada Seseorang?

“Tiada tindakan sebab orang lain yang terbabit semuanya `malaikaf, saya seorang saja tidak. Jadi, saya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.