“Sy dah lama pasang niat tapi..”- Tak Sangka Ini Terjadi Lepas Bekas Isteri Engku Emran Didakwa Khwin Dgn Raja Dubai

JAKARTA – Selepas hangat dikatakan berkahwin dengan lelaki asal Dubai, pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella sekali lagi menarik perhatian peminat apabila mengumumkan mahu bersara daripada dunia seni hiburan.

Memetik laporan portal hiburan seberang, aktres berusia 34 itu memberitahu, sudah lama sebenarnya dia berniat untuk berhenti daripada dunia seni, sebagai pelakon, khususnya.

Dia juga memohon doa daripada peminat agar terus berjaya dalam hidup.

“Mohon doakan saya. Insya-Allah tiada filem lagi (berhenti berlakon). Semoga istiqamah. Kali terakhir saya berlakon menerusi filem Buya Hamka (2021).

“Saya sudah lama memasang niat untuk bersara, tapi manusia itu lemah. Semoga saya dibantu oleh Allah SWT,” katanya.

Alasan Laudya, dia nekad berhenti daripada berlakon kerana mahu berjaya bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.

“Masih banyak yang perlu saya pelajari dan lalui selepas ini. Mohon segalanya dipermudahkan,” ujarnya.

Beberapa hari lalu, tular dalam aplikasi TikTok sebuah video pernikahan yang didakwa majlis antara Laudya dengan seorang jejaka dari Dubai.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki berjubah dan memakai serban sementara pengantin perempuan pula anggun memakai gaun kembang berwarna putih.

Bagaimanapun, wajah kedua-dua mempelai tidak dipaparkan secara jelas.

Disebabkan hal tersebut, ramai yang mempersoalkan kesahihan pernikahan Laudya dan mendakwa video tersebut sebagai palsu.

Pengurus Laudya dikenali sebagai Rita kemudiannya tampil menafikan khabar angin yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu dan memaklumkan pelakon itu masih solo.

“Saya minta maaf kerana berita ini sangat tidak benar. Semoga kita semua terhindar daripada fitnah,” katanya ringkas.

Terdahulu, pelakon yang terkenal menerusi filem Surga Yang Tak Dirindukan itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin yang juga bekas suami aktres Erra Fazira pada September 2017, tetapi bercerai pada Julai 2020.

Sumber: Konline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

About admin

Check Also

“Fanatlk betul kau dengan aku sampai gambr Tldak Berp4kaian pun ada..” Bek4s isteri Dai Farhan Serabvt Dngan individu ini

Dah lama tak dengar cerita Dr. Erin, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan kan? Tapi …

Leave a Reply

Your email address will not be published.