Hiburan
“El0k pun sera Tnggalkan dia..Tk Prnah berubah” Netlzen selar Tlndakan Shuk Rkam Jlran

Pelawak dan pelakon kontroversi, Shuk Sahar menjadi sorotan warganet sekali lagi apabila dia dikatakan tidak menghormati privasi seorang wanita di sebuah kondominium yang tak dapat dikenal pasti lokasinya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pelawak yang berusia 36 tahun itu, dia telah merakam aksi seorang wanita yang sedang leka ‘bergelek’ di balkoni rumah dengan menggunakan telefon bimbit.
Antara komen.
“Hbisla, target abg seterusnya”
“suka eh shuk”
“die sajerr buat mcm tu.dah lama dier
perasan ko selaluu sekodengggg die..”
“Habis la pompuan tu kene ngan dia ni”
Habislah perempuan tu, mngsa Shuk yang seterusnya.
Susulan itu, tindakan yang dilakukan oleh pelawak kelahiran Pulau Pinang itu telah mencetuskan kecaman serta rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet kerana sengaja merakam dan memuat naik aksi wanita tersebut di laman sosia tanpa meminta kebenaran.
“suka eh kauu shukk..padahal nak usha tu”
“tkut ek dapat jiran camni. Risau la lepas ni nak bersenam ke apa kat luar coridor rasa takde privasi kalau ada jiran spesis rakam ni”
Sumber : OMM
“Pujuklah Isteri, Buat Solat Taubat Shuk” Ramai tersentuh tengok Shuk luangkan masa dengan anak-anak
Selepas bertahun berdepan isu kecu.rangan, nampaknya kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera seperti sudah berada di penghujung.
Meskipun belum meletakkan sebarang noktah dalam hubungan mereka, namun ada yang berharap Shuk dan isteri kembali bersama demi anak-anak.
Baru-baru ini, Shuk ada memuat naik video di aplikasi TlkTok meluahkan masa bersama dua anaknya di sebuah pusat beli-belah.
Melihatkan hubungan bapa dan anak itu, netizen meminta Shuk untuk memujuk isteri kerana tidak sanggup melihat anak-anak tersksa terpisah.
Malah, ada yang meminta Shuk membuat solat taubat serta meminta kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
“Kalau ada jodoh, kembalilah kepada Sera dan anak-anak. Tolonglah Shuk, hargai mereka hingga hujung nyawa. Seksa berpisah dengan anak-anak!
“Doa saya, semoga Shuk dan Sera dapat kembali semula sebagai suami-isteri. Pujuklah isteri, buat solat taubat Shuk.
Dalam pada itu, ada yang berharap Shuk dapat terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik jika hubungannya dengan isteri berakhir nanti.
Tonton klip penuh:
Lihat siaran ini di Instagram
Sumber : Rotikaya
“Dah kena Tinggal Baru fikir..” Netlzen SaIahkan Rossa.Sekali ini Balas Rossa sera
Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera menjawab dakwaan yang mengatakan punca keretakan rumah tangga mereka sebenarnya bermula daripada pihak wanita yang tidak tahu menjaga penampilan.
Justeru itu, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Nattasiyah Asshaferah memaklumkan, dia tidak menolak dakwaan terbabit kerana memang terdapat segelintir warganet yang meninggalkan komen sebegitu terhadapnya.
“Memang ada. Saya selalu baca komen, kadang ternampak… netizen siap kata dulu tak nak jaga penampilan tapi bila lepas macam ni, baru nak jaga,”katanya.
Meskipun tidak kisah dengan kata-kata kecaman tersebut, Sera bagaimanapun berharap perubahannya kini adalah hasil usaha beliau sendiri dan juga produk yang dijualnya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terkini antara Shuk dan anak-anak, Sera memaklumkan segalanya masih sama malah dia memberi kebebasan buat bekas suaminya itu untuk berjumpa anak mereka.
“Saya beri kebebasan buat Shuk untuk berjumpa anak-anak… tiada limit. Saya beri kebebasan je sebab sekarang ni Shuk dah tak duduk KL dah, sekarang dia duduk Penang sebab dia ada bisnes kat sana.
“Jadi, bila dia ada kerja dekat KL, atau ada launching kat mana-mana… dia ada je ambil anak-anak,” jelasnya.
Sera ditemui di majlis pelancaran produk kosmetik Inayah Beauty di Avante Hotel, Bandar Utama pada Isnin.
Terdahulu, Sera sempat menitipkan pesanan buat Shuk agar terus kuat dan tabah menghadapi ujian yang menimpa rumah tangga mereka.
Untuk rekod, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada tahun 2015, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.
Sumber : Hotfm
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Hiburan
Shuib, Watie Nikah 23 Jun 2023 Tanpa Majlis Resepsi, Syukur Dapat Tajaan RM1.7 Juta

Pelakon dan pelawak Shuib mengumumkan tiada sebarang majlis resepsi untuk perkahwinannya bersama pasangannya, Watie Hanifah yang akan berlangsung pada 23 Jun ini.
Menurut Shuib, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan hanya melangsungkan majlis khatam, berinai dan akad nikah.
“Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah. Tetapi, takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
“Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.
Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.
Perkara itu telah dikongsikan oleh Shuib ketika ditemui di sesi sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie, di Astro Bukit Jalil, hari ini.
Selain itu, Shuib juga memaklumkan mereka telah mendapat tahaan mencecah lebih RM1 juta sempena majlis itu.
“Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas.
“Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” jelasnya.
Shuib juga menyatakan majlis itu hanya terhad kepada 600 tetamu dan akan diadakan di Putra Glass House, Putra Height.
Majlis ini juga akan ditayangkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis serta perjalanan cinta Shuib dan Watie, Walimatulurus Shuib dan Watie.
Program tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun, 9 malam di Astro Ria.
Terdahulu, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.
Sumber:Xtra
Hiburan
Disangka lelaki tunjal kepala wanita, pengguna FB buat laporan polis – “Ramai serang aku”

Seorang pengguna laman Facebook terpaksa membuat laporan polis selepas terdapat netizen menyangka dia adalah suspek lelaki yang mengasari seorang pemandu wanita berhubung penularan sebuah video di media sosial sejak semalam.
Menurut Mamatt Khalid XV, salah faham terjadi apabila seorang individu dalam senarai rakan Facebook ‘menyeru’ nama akaunnya pada video tular tersebut sebelum warganet mula menjalankan ‘tugas’ mereka.
Penafian! Pelaku bukan saya
Mamatt berkata, susulan kekeliruan yang timbul, dia seolah-olah terkejut apabila diserang oleh ‘tentera bawang’ sehingga membabitkan ahli keluarganya.
“Disebabkan ramai yang serang aku kat komen dengan messenger mengatakan aku ni adalah si musibat (suspek lelaki) yang kat dalam video yang viral ni.
“Aku dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bukan aku pelaku dalam video tersebut. Disebabkan salah sorg dalam friendlist aku tag nama aku. Tak memasal aku kena serang bertubi-tubi.
“Harap pemilik video dengan adik dia (mangsa) dapat bagi pencerahan. Aku dah hubungi dua beradik ni tapi takde respon,” tulisnya.
Tambah Mamatt, tindakan membuat laporan di Balai Polis Gombak, Selangor adalah untuk melindungi dirinya serta ahli keluarga apatah lagi fitnah yang dilemparkan orang ramai.
Setelah berbincang dengan mereka uang terdekat dan mendapatkan nasihat daripada peguam. Dan yakin segala bukti memang mencukupi.
“Kita teruskan, demi maruah keluarga kecik aku. Habis anak, bini, arwah bapak aku kena petik. Untuk “mereka-mereka” yang serang aku dari 2.30 petang hingga maghrib tadi (semalam). Ada hadiah untuk kalian,” katanya.
Terdahulu, suspek lelaki yang berusia 29 tahun bertindak menunjal kepala pemandu wanita berpunca daripada perselisihan faham di jalan raya.
Menurut laporan Utusan, kejadian itu berlaku pada petang Isnin ketika mangsa yang berusia 24 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya.
Bagaimanapun, penyelia kilang di Serdang, Selangor itu sudah direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.
Sumber: Facebook Mamatt Khalid XV, Utusan (Asliza Musa),Omm
Hiburan
Lelaki Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Selebriti Luah Rasa Berang!-“Nak Kenal Bab* Ni..”

Baru-baru ini tular satu video di Facebook yang memaparkan seorang lelaki yang memarahi seorang wanita yang didakwa telah memandu secara berbahaya.
Lelaki berkenaan turut bertindak mengetuk cermin kereta pemandu itu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak memukul kepala mangsa.
Video yang tular itu turut mendapat reaksi oleh pelakon, Yana Samsudin menerusi hantaran di Instagram, mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan yang memukul pemandu wanita itu.
“Tak gentle la pukul perempuan. Roadbully camni kena kasi ajar sikit adab dan etika sebagai manusia.”-kapsyen Yana Samsudin di Instagram
Barisan Selebriti Luah Rasa Berang!
Dalam pada itu, perkongsian Yana turut dihujani dengan komen netizen serta rakan selebriti Rozita Che Wan, Zulin Aziz, Nana Sheme, Neeta Manis, Sharif Zero, Mustaqim Bahadon, Haiza Hanafi dan ramai lagi yang berang dengan lagak samseng lelaki berkenaan yang biadab terhadap mangsa.“Nak jugak kenal bab* ni!! Kuqang ajaq sangat….eeee.”- Rozita Che Wan
Aikk lelaki ke perempuan takyah la pukul. Ini bukan budaya kita sebagai rakyat Malaysia. Sedih bila tengok benda macam ni.”- Brian Masterchef
“Kalau dia betul buat salah bang nak sound dia terserah abangkah tapi abang naik tangan tu adeh..”-Mustaqim Bahadon
“Sapa dia, tak kenal!!!.”-Haiza Hanafi
“Abang ni ngan perempuan dia tepuk-tepuk lah. Cuba abang gadang besar yang bawak kereta tu. Suka hati je tepuk dahi orang. Siap cakap tak kenal dia siapa. Gangster pun tak buat macam ni bang. Dia tau bukan lawan dia. Memang taraf-taraf gangster pukul perempuan ke apa.”-Zuliz Aziz
Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang dirakam memukul kepala pemandu wanita itu telah ditahan pihak polis dan dibawa ke Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.
Sumber:Murai my
-
Hiburan5 months ago
Tahniah.. Eman Manan & Ogy Akhirnya Disatukan Kembali? Ini Cinta Yg Terputus Tidak Dapat Diganti..
-
Hiburan5 months ago
Masih Ingat Pelakon Irma Hasmie? Selepas 11 tahun berkahwin,Tak sangka begini Kehidupannya skrg “ dah jadi macam ni”..
-
Hiburan2 months ago
Takda masalah, dia isteri kedua ayah..” Anak2 sudah jumpa Ira Kazar.. Tak sangka ini pendedahan Syamsul bila mereka berjumpa..
-
Hiburan3 months ago
“Latu request nak jafi Ratu”- Alha Alfa
-
Hiburan2 months ago
Nampak perubahan kamal..mereka pun masih takvt kerana..” Setelah kejadian Haritu, Ini keadaan terkini Kamal adli
-
Hiburan2 months ago
Sha adalah mngsa pndera4n..” Shil Amzah bongkar rahsla besar keluarga
-
Hiburan2 months ago
Ibu Syamsul titip pesan,, untuk puteri sarah buat n3tizen sebak
-
Hiburan2 months ago
Anak tlada MasaIah..dah tahu saya Nak bercerai.. Dia terus..” Baru je selesai mahkamah, Ini yg Ank sarah cakap