Terkini- Ibu Ainul Mardiah Dedah Suatu Yg Mngecew4kan Beliau. Tak Sangka Ini Pula Terjadi

Berita tentang keadaan adik Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin yang dikhabarkan kritikal dan sedang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) sememangnya mengejutkan banyak pihak.

Dia yang sebelum ini dimaklumkan sudah semakin aktif selepas pembedahan membuang ketumbuhan di mulut telah mengalami jangkitan hampir di keseluruhan anggota badan dan sedang dalam pemantauan doktor.

Pagi tadi, ibu kepada adik Ainul iaitu, Nurul Erwani ada berkongsi bahawa anaknya sudah boleh minum susu namun belum sedarkan diri disebabkan masih ditidurkan untuk membolehkan dia berehat.

Scammer guna kisah Ainul

Namun begitu, apa yang membuatkan Nurul Erwani berasa ralat adalah tindakan sesetengah pengguna media sosial yang mengambil kesempatan dengan membuat pembukaan tabung derma kilat atas nama anaknya.

Dia yang sama sekali membuat sebarang hebahan mengenai bantuan kewangan itu menganggap tindakan para scammer ini sangat melampau.

Tolong jangan percaya!

Dia juga turut menyertakan beberapa contoh muat naik yang dibuat scammer  menggunakan kisah anaknya sebagai cara mengaut derma di media sosial dan meminta orang ramai supaya berkongsikan tangkapan layar berkenaan posting seperti itu kepadanya supaya boleh dihebahkan kepada yang lain.

Akan ambil tindakan lanjut

Nurul Erwani juga memaklumkan yang dia akan mengambil tindakan lanjut jika perkara ini berterusan kerana merasakan apa yang dilakukan pihak scammer ini sangat tidak berhati perut.

Jadi, dia berharap supaya orang ramai tidak mudah terpedaya dan mempercayai sebarang penularan berkenaan derma kilat yang dikatakan untuk Adik Ainul.

Tak malu ke menipu?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa marah melihat beberapa akaun media sosial menularkan perihal bantuan kewangan tersebut kerana dilihat tidak menghormati keluarga kanak-kanak berkenaan.

Mereka juga berharap supaya keluarga adik Ainul sabar dengan ujian ini dan terus berdoa untuk kesembuhan kanak-kanak terbabit.

Ada je orang yang nak menangguk di air keruh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About admin

Check Also

Puteri Sarah Tak Rela Bermadu, Ulas Lakonan Jadi Isteri Tua Tiada Kena Mengena Dalam Hidup

Membawakan watak isteri pertama menerusi naskhah teater Maduku Terpaling Kalut, Puteri Sarah Liyana menegaskan karakter …

Leave a Reply

Your email address will not be published.