Connect with us

Uncategorized

Hello world!

Published

on

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!

Continue Reading
1 Comment

1 Comment

  1. A WordPress Commenter

    July 31, 2022 at 5:09 pm

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Uncategorized

Farid Kamil minta Diana Danielle bertaubat sebelum kena lakn4t, tetap maafkan semua kes4lahan

Published

on

By

PELAKON Farid Kamil berharap isterinya, Diana Danielle segera bertaubat kerana perbuatan aktres itu boleh mendatangkan laknat kepada dirinya.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, berkata, dia tetap akan memaafkan Diana tidak kira sebesar mana kesalahan dilakukannya kerana masih mencintai dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Apa yang saya boleh kata, bertaubatlah sebelum terlambat… bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dia lakukan itu mungkin akan ditimpa laknat yang saya sendiri pun tak boleh nak ampunkan.

“Saya sebagai manusia akan memaafkan dia walau apa sahaja kesalahan dia buat sebab dia adalah isteri dan ibu kepada anak-anak saya. Saya mahu selamatkan rumah tangga kami.

“Saya hanya manusia biasa yang bertindak sebagai suami yang cuma menuntut hukum hakam ditetapkan,” katanya kepada pemberita.

Farid yang ditemui selepas hadir ke proses sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kesalahan dilakukan oleh Diana sehingga dia berkata begitu.

Dalam pada itu, proses sulh di antara Farid dan Diana gagal selepas aktres itu tidak hadir pada rundingan tersebut disebabkan belum bersedia bersemuka dengan aktor tersebut.

Farid berkata, Diana memaklumkan alasan itu kepada peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan sehari sebelum proses itu berlangsung di Pejabat Sulh mahkamah berkenaan.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh sebutan baharu untuk proses sulh pasangan berkenaan.

Sulh merupakan suatu proses yang menyaksikan pihak terlibat dalam pertikaian atau beberapa tuntutan di mahkamah, dipanggil dan dipertemu dalam satu majlis perundingan terpimpin secara rasmi serta diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu.

Jika perdamaian dicapai, mahkamah akan mengeluarkan suatu perintah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa.

Sementara itu, Farid turut mengemukakan tawaran perdamaian terhadap Diana membabitkan aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah yang kesemuanya bernilai RM319,700.

Farid berkata, tawaran itu diharap dapat memujuk Diana kembali berbaik demi masa depan dua anak mereka, Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

Sumber:Mstar

 

Continue Reading

Uncategorized

Ustaz Wadi Annuar maklum batal dua program ceramah di Selangor

Published

on

By

Dua program agama oleh penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar yang dijadualkan berlangsung pada 10 dan 11 Mac di Selangor telah dibatalkan.

Menerusi makluman di akaun Facebook rasmi pagi tadi, dua lokasi tersebut adalah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor.

Walau bagaimanapun, tiga lagi program yang dijadualkan berlangsung pada 12, 13 dan 14 Mac di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya masih berjalan seperti biasa.

“Dimaklumkan bahawa semua ceramah al-Fadhil Ustaz Wadi Annuar bertempat di Negeri Selangor telah DIBATALKAN. Manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa.
“Segala kesulitan amat dikesali. Semoga Allah SWT memberikan pahala kepada semua yang berniat untuk hadir majlis ilmu,” tulis hantaran berkenaan.

Namun begitu, penceramah berusia 40 tahun itu tidak memaklumkan lebih lanjut punca pembatalan program ceramah di Selangor.

Minggu lalu, pendakwah selebriti Ustaz Azhar Idrus terpaksa membatalkan kuliah maghrib yang dijadualkan berlangsung di sebuah masjid Bukit Jelutong, Selangor atas kuasa Jabatan Agama Negeri Selangor (JAIS).

Difahamkan, ia susulan Ustaz Azhar Idrus atau mesra dipanggil UAI tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam di Selangor.

Sumber: Facebook Ustaz Wadi Annuar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading

Uncategorized

“Skali lel4ki angkat tangan, perempuan angkat kaki tapi bukan ter4jang” – Che Ta

Published

on

By

Aktres terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sempat menasihati wanita di luar sana supaya lebih berani ke hadapan dalam menghadapi krisis rumah tangga.

Menurut laporan Kosmo, Che Ta berpendapat wanita terutamanya golongan isteri yang kurang bernasib baik perlu bijak dalam menangani masalah bersama suami masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Perempuan jangan jadi bodoh. Walaupun lelaki beli beras, belum tentu dia akan beli lauk yang lagi mahal. Sekali lelaki angkat tangan, perempuan harus angkat kaki tetapi bukan terajang.
“Keluar dari rumah, buat laporan polis dan pergi ke hospital kerana hukuman akan jatuh kepada lelaki,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 50 tahun itu turut memberitahu dia tidak setuju sama sekali apabila wanita memberi peluang kedua selepas disakiti oleh seorang lelaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Kalau dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi, tidak! Awak kahwin dengan orang sama dan dia tidak akan berubah.
“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Kedah itu sempat menitipkan pesanan bahawa kehidupan yang kita jalani sekarang tiada apa jaminan sekali pun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Sebelum ini, kecoh di media sosial seorang pelakon lelaki telah melakukan keganasan rumah tangga yang bertindak menumbuk bahagian mata isterinya sehingga menyebabkan 10 jahitan.

Sumber: Kosmo (Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi)

 

Continue Reading

Trending